Wordle merupakan sebuah permainan teka perkataan yang boleh dimainkan di dalam talian dengan mudah serta boleh diakses secara percuma yang sekaligus memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Malah, difahamkan jumlah kunjungan ke laman tersebut mencecah jutaan pemain pada saban hari dan menjadi sensasi di internet.

Terbaharu, pencipta Wordle iaitu Josh Wardle mengumumkan bahawa beliau telah menjual permainan tersebut kepada syarikat New York Times dengan bayaran mencecah tujuh angka yang tidak diperincikan.

Menurut Wardle, beliau menghadapi masalah untuk menguruskan permainan hangat itu pada setiap hari ekoran ia dibangunkan oleh beliau sendiri sahaja. Beliau menambah lagi dengan pengambil alihan ini dapat memastikan pertumbuhan Wordle dapat dikembangkan lagi sementara terus menawarkan pengalaman yang baik buat semua menerusinya.

Markah yang terkumpul oleh pemain pula akan tetap dikekalkan walaupun selepas diambil alih oleh NYT. Walaupun Wardle mengatakan permainan masih boleh dimainkan secara percuma selepas pembelian. Sebaliknya pula yang dinyatakan oleh NYT yang mana ia hanya boleh diakses secara percuma buat peringkat awal sahaja.

Akhbar popular ini juga sudah pun memiliki sejumlah permainan seumpamanya seperti The New York Time Crossword, Mini crossword, Letter Boxed, Spelling bee, Tiles dan Vertex di mana telah dikenakan bayaran untuk memainkan permainan itu. Dalam masa yang sama, pelbagai perbaharuan yang mungkin dibawakan dari semasa ke semasa kelak.

Selain itu, Microsoft juga dilaporkan sudah pun mengambil alih secara rasmi syarikat Activision Blizzard baru-baru ini.

Microsoft Bakal Ambil Alih Activision Blizzard Pada Harga RM293 Bilion

Nike Berjaya Peroleh Studio Pembuat Koleksi Kasut Dan Fesyen Digital Untuk Dunia Meta, RTFKT