Wise iaitu sebuah perkhidmatan pemindahan wang dalam talian yang terkenal di kalangan pengguna serata dunia kini telah mengumumkan pelancaran akaun dan kad multi-currency di Malaysia. Pengenalan ini juga membawakan ciri tambahan yang kebiasaannya tidak didapati pada penyedia kad atau akaun multi-currency yang lain.

Menerusi pengenalan terbaharu ini, ia membolehkan pelanggan tempatan memegang atau menukar lebih daripada 50 jenis matawang secara langsung dan berbelanja pada lebih 200 negara dan mana-mana wilayah yang menerima kad Visa sama ada dalam talian atau kedai fizikal.

Di samping itu, Wise juga memaklumkan bahawa aplikasi yang disediakan mudah untuk diguna kerana ia membenarkan pengguna melakukan pelbagai urusan termasuklah menambah wang dan menukar wang secara terus, mendapatkan notifikasi pembelanjaan segera dan membekukan atau menyabekukan kad mereka pada bila masa-masa.

Menariknya, ia juga mempunyai teknologi automasi penukaran yang terbina dalam membuat pemilihan kadar pertukaran mata wang yang paling rendah untuk menukar wang secara langsung semasa menggunakan kad tersebut. Pelanggan juga boleh mendapatkan butiran akaun tempatan dalam Ringgit Malaysia dan sembilan mata wang lain dalam beberapa minit sahaja.

Selanjutnya, Wise turut menyatakan bahawa pengenalan ini juga menjadikannya akaun pertama yang menawarkan kadar penukaran sebenar dengan tiada sebarang markup dan tiada yuran transaksi asing menerusinya. Hal ini kerana Wise mendapati secara puratanya RM1.5 billion telah dikutip daripada yuran transaksi tersembunyi dan kadar pertukaran pada setiap tahun.

Kehadiran kad Wise ini sememangnya dapat dimanfaatkan oleh rakyat tempatan terutamanya buat mereka yang sering melakukan transaksi atau berurusan secara dalam talian ataupun di dunia sebenar di peringkat antarabangsa.

Sekiranya anda pemilik bisnes, ini merupakan 5 gerbang pembayaran yang boleh gunakan bagi memudahkan urusan transaksi di peringkat antarabangsa.

5 Gerbang Pembayaran Selain PayPal Yang Pemilik Bisnes Boleh Guna

“PayPal Sapu RM189,000” – Pakdin Nasty

Sumber