Sekiranya anda mempunyai perniagaan dalam talian serta laman web, platform pembayaran online antara elemen penting yang perlu ada. Hal ini bagi memastikan pelanggan boleh melakukan pembayaran menerusi laman web anda dengan selamat.

Kebelakangan ini, sebahagian penjual telah menghadapi kesukaran untuk menerima pembayaran wang antarabangsa menerusi platform PayPal. Oleh yang demikian, kami pada kali ini akan mencadangkan kepada pemilik bisnes beberapa platform pembayaran online selain PayPal yang boleh digunakan.

1. Razer Merchant Services

vocket-tech-payment-8
Sumber Gambar: Razer Merchant Services

Razer Merchant Services telah menawarkan servis gerbang pembayaran di Asia Tenggara yang menghubungkan jenama antarabangsa kepada pengguna sejak 2005 lagi. Terdapat pelbagai pilihan saluran rangkaian pembayaran yang boleh dipilih oleh pengguna bagi memudahkan bisnes untuk menerima sebarang jenis pembayaran sedia ada di seluruh Asia Tenggara.

Dengan pengintegrasian satu jenis API sahaja, ia boleh menghubungkan fungsi gerbang pembayaran luar negara pada laman web anda dengan lebih mudah. Ciri sekuriti terbaik tersedia yang mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan Malaysia 2013. Di samping itu, ia menawarkan sokongan pembayaran skala besar untuk pengeluaran dan bayaran balik kepada pelanggan.

2. Stripe

platform pembayaran online
Sumber Gambar: Stripe

Stripe merupakan salah satu platform pembayaran dalam talian yang sedang membangun dengan pesat dalam industri platform e-dagang. Platform ini memudahkan pengguna menerusi integrasi kepada pelbagai laman web dan aplikasi popular. Stripe juga memudahkan pengaturan pembayaran berulang di antara penjual dan pelanggan.

Lebih daripada 135 mata wang asing yang disokong untuk transaksi secara global mengikut keselesaan pelanggan. Terdapat ciri sekuriti yang mampu melindungi penjual daripada menerima transaksi pembayaran yang meragukan. Menariknya, anda boleh mendaftar akaun di Stripe dengan mudah dan mula menerima pembayaran secara elektronik tanpa bantuan wakil jualan.

3. Tazapay

platform pembayaran online
Sumber Gambar: Tazapay

Tazapay juga salah satu pilihan platform pembayaran online yang anda boleh cuba untuk kegunaan urusan bisnes. Bagi memastikan ekosistem yang kondusif kepada penjual dan pembeli, Tazapay akan melakukan pemeriksaan yang teliti bagi setiap individu yang berdaftar menerusi platform ini.

Sementara itu, wang anda dikendalikan dengan selamat oleh institusi yang berlesen serta dikawal selia oleh Money Authority of Singapore. Bagi penjual yang ingin mengeluarkan wang daripada akaun ini, Tazapay akan memberikannya di dalam tempoh 48 jam. Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1.8% sahaja.

Tambahan pula, Tazapay juga boleh menghubungkan penjual dan pembeli yang merangkumi lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia. Dengan menggunakan platform ini juga, ia membolehkan setiap bisnes lebih yakin untuk mengembangkan bisnes di peringkat antarabangsa termasuk perlindungan pembayaran, pemeriksaan latar belakang setiap identiti yang berurusan dan sebagainya.

4. iPay88

vocket-tech-payment-4
Sumber Gambar: iPay88

iPay88 merupakan salah satu pelopor dalam menawarkan ekosistem platform pembayaran dalam talian yang terbaik di Malaysia. Anda boleh menerima pembayaran yang merangkumi daripada kredit kad, FPX dan e-Wallet menerusi iPay88. Ditambah pula iPay88 juga telah berdaftar dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Sekiranya anda menggunakan kedai e-dagang pada laman web seperti WooCommerce, Shopify atau EasyStore, iPay88 telah menyokong integrasi secara terus pada platform tersebut. Caj transaksi yang dikenakan oleh iPay88 boleh dikira berpatutan. Terdapat bayaran tahunan sebanyak RM500 bagi SME dan startup pula dapat secara percuma seumur hidup.

Pembayaran yang dibuat oleh pelanggan menerusi pemindahan dalam talian akan dilepaskan kepada penjual dalam sekitar 7 hari ke 14 hari waktu berkerja atau kad kredit selewat-lewatnya sehingga 2 bulan.

iPay88 menawarkan fungsi komprehensif yang sangat ideal bagi kegunaan startup dan syarikat besar sekaligus. Tambahan pula, iPay88 mempunyai sejumlah kemampuan untuk memenuhi keperluan bisness e-dagang, tempat pasaran, aplikasi dan sebagainya.

5. eGHL

vocket-tech-payment-5
Sumber Gambar: eGHL

GHL Systems Berhad(eGHL) telah ditubuhkan pada tahun 2013. Platform ini menyediakan sebuah penyelesaian pembayaran dalam talian yang selamat untuk perniagaan dalam talian di Asia Tenggara termasuklah saluran pembayaran dengan kad atau e-Wallet. Anda boleh membuat integrasi pada laman e-dagang yang terkenal di Malaysia seperti EasyStore, Shopify dan SiteGiant.

Bagi membuka akaun di platform ini, anda perlu membayar sejumlah RM499 bagi bisnes kecil dan bayaran tahunan pada tahun berikutnya sekiranya transaksi melebihi RM15,000. Terdapat komisen yang diberikan bagi setiap transaksi yang berjaya dengan sebanyak 2.5%.

Pelbagai pilihan saluran pembayaran yang boleh dipakai oleh pelanggan di menerusi platform ini. Sokongan sehingga 48 mata wang asing dengan kadar nilai pertukaran mengikut kadar pertukaran semasa. Dengan ciri pemasangan yang mesra pengguna membolehkan pengintegrasian pada sebarang sistem pembayaran dengan mudah.

Pemilihan platform pembayaran dalam talian yang betul dapat memudahkan urusan pembayaran dengan selamat sementara melindungi hak kedua-dua belah pihak. Setiap platform mempunyai ciri yang tersendiri yang anda boleh manfaatkan bagi mengembangkan lagi bisnes ke peringkat global.

Baru-baru ini, usahawan ini mengalami kerugian sehingga RM189,900 melalui platform PayPal. Klik pautan di bawah bagi mengetahui lebih lanjut.

“PayPal Sapu RM189,000” – Pakdin Nasty

Malaysia Tersenarai Negara Paling Banyak Menerima Transaksi ‘E-Wallet’ China