Para pengguna WhatsApp pasti sudah cukup tahu dengan resolusi gambar yang akan dikurangkan apabila dikongsi oleh sebab mahu menjimatkan data. Hal yang demikian telah menyebabkan pengguna terpaksa menghantar gambar dalam bentuk dokumen untuk mengekalkan kualiti yang asal.

Terbaharu, pihak WhatsApp sendiri telah menyediakan fungsi ini bagi memudahkan pengguna menghantar gambar pada resolusi tinggi kepada pengguna lain. Kini pengguna tidak perlu lagi melalui proses sebelum ini.

vocket-tech-news-whatsapp-baru-3-side
Sumber Gambar: Aplikasi WhatsApp

Buat para pengguna yang mahu menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu ke halaman Setting WhatsApp. Kemudian, klik pada bahagian Storage & data dan memilih bahagian Photo upload quality.

WhatsApp telah menyediakan tiga pilihan kualiti hantaran iaitu Automatic yang disyorkan, hantar gambar dalam Best quality atau dengan mod Data Saver. Pengguna hanya perlu membuat tetapan sekali sahaja dan ia akan digunakan secara tetap pada penggunaan selanjutnya.

Fungsi baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh pihak WhatsApp buat semua pengguna mereka di seluruh dunia. Kemungkinan WhatsApp akan menawarkan lebih banyak fungsi lain yang dalam pembangunan pada ketika ini buat pengguna.

Berita tentang fungsi ini pernah tular sejak fasa pembangunan lagi dan dijangkakan video turut bakal ditawarkan pada kualti tinggi juga.

WhatsApp Bakal Tawarkan Fungsi Penghantaran Gambar Berkualiti Tinggi

WhatsApp Call Untuk iOS Bakal Tawarkan Rekaan Dan Fungsi Yang Lebih Menarik

Sumber