WhatsApp pada tahun lalu telah pun membolehkan para pengguna iPhone memindahkan data mereka dari iPhone ke peranti Android. Pada kali ini, WhatsApp dan Apple berganding bahu dan memperkenalkan ciri untuk memindahkan data dari telefon Android ke iPhone pula.

Ciri ini dijayakan menerusi fungsi aplikasi Move to iOS yang disediakan oleh Apple untuk pengguna Android yang mahu berpindah ke iPhone. Menerusinya, pengguna boleh memilih untuk memindahkan sejumlah data terus dari peranti Android ke iPhone dan kini menambah pilihan pemindahan data WhatsApp.

Sumber Gambar: Google Play Store

Dengan langkah ini, anda boleh membawa kesemua sejarah perbualan anda terus ke peranti iPhone dengan mudah. Anda juga tidak perlu risau lagi kehilangan sebarang data WhatsApp sewaktu melakukan pemindahan peranti selepas ini.

Buat anda yang mahu berpindah dari Android ke iPhone, kini boleh memuat turun aplikasi Move to iOS yang disediakan oleh Apple sendiri menerusi Google Play Store hari ini.

Selain itu, Telegram dilaporkan bakal memperkenalkan pelan berbayar untuk pengguna yang ingin akses sejumlah fungsi menarik dan bebas iklan.

Tawarkan Lebih Banyak Fungsi Dan Bebas Iklan, Telegram Premium Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

WhatsApp Sedia Tawarkan Penyertaan Sehingga 512 Ahli Dalam Sesebuah Group