Telekom Malaysia Bhd(TM) telah berkongsi laporan hasil mereka bagi separuh pertama tahun 2021 pada baru-baru ini. Dapat dilihat prestasi yang baik telah dipamerkan oleh TM sepanjang separuh pertama ini dengan peningkatan keuntungan meningkat 8.2% iaitu kepada RM5.57 billion berbanding tahun sebelumnya dengan RM5.15 billion sahaja.

Melalui laporan tersebut, TMĀ  menyatakan bahawa hasil perolehan keuntungan kali ini adalah hasil dorongan daripada pertumbuhan semua segmen pelanggannya iaitu unifi, TM ONE dan TM WHOLESALE. Tambahan pula, TM akan terus melabur di dalam menaiktaraf fasilitinya untuk memberikan solusi sambungan yang terbaik kepada semua segmen pengguna.

vocket-tech-news-tmbaru-2
Sumber Gambar: Youtube

Pencapaian yang membanggakan bagi TM setakat ini apabila unifi berjaya memecahkan rekod pertumbuhan pelanggannya dengan jumlah langganan baru sebanyak 210,000 pada suku kedua tahun ini. Dan ini sekaligus menjadi jumlah tertinggi bagi satu suku tahun dalam tempoh 11 tahun.

Setakat akhir Jun 2021, TM sudah merekodkan jumlah pelanggan talian jalur lebar tetap mereka meningkat sehingga 2.55 juta pelanggan dengan peningkatan kadar pertumbuhan 15%. Sepanjang pandemik ini telah memberi impak kepada penggunaan internet yang lebih banyak untuk pelbagai urusan seharian.

Anda boleh meneruskan bacaan seleksi artikel yang telah dipilih oleh kami menerusi pautan di bawah.

6 Gajet Kesihatan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Ketika Pandemik COVID-19

5 Gerbang Pembayaran Selain PayPal Yang Pemilik Bisnes Boleh Guna

Sumber