Meskipun sudah terdapat banyak video yang berkualiti dan berinformasi di TikTok, platform ini masih lagi tidak dapat elak dengan stereotype orang ramai yang melabelkan aplikasi ini tidak berfaedah serta kerap mempamerkan video melibatkan tarian viral dan sebagainya. Malah situasi ini turut berlaku di negara luar.

Menerusi laporan terbaru, TikTok buat pertama kali telah memilih untuk membuang lebih 11 juta video akaun yang melanggar peraturan di mana lebih 7 juta akaun tersebut merupakan akaun kanak-kanak 12 tahun dan kebawah. Difahamkan pembuangan akaun ini dibuat setelah TikTok dapat mengesan akaun yang meletakkan tarikh lahir sewaktu pembukaan akaun.

akaun tiktok
Sumber: ethos marketing

Meskipun jumlah akaun yang dipadam mengejutkan ramai, TikTok memaklumkan jumlah tersebut mewakili tidak sampai 1% daripada jumlah pengguna berdaftar. Sementara itu, platform ini turut memperkenalkan fungsi terbaru dalam menyekat video yang dipamerkan pada pengguna berumur 17 tahun dan kebawah.

Melihat kepada langkah yang ditawarkan TikTok, jelas mereka mahu tampil lebih profesional dalam menawarkan konten yang lebih selamat dan selesa untuk ditonton oleh para pengguna.

Khas buat para ibu bapa, ketahui dengan lebih lanjut cara-cara mengawal video YouTube daripada tontonan kanak-kanak dengan klik pautan di bawah.

5 Cara Kawal Video YouTube Daripada Tontonan Kanak-Kanak

6 Aplikasi Online Meeting Selain Google Meet Yang Anda Boleh Guna Sepanjang PKP

Sumber