Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, dapat dilihat orang ramai sudah mulai beralih untuk mengadakan perjumpaan secara video dalam talian berikutan tidak dapat bersemuka secara berhadapan.

Baru-baru ini juga kecoh yang Google Meet akan mengurangkan masa bagi fungsi panggilan tanpa had masa untuk pemilik akaun peribadi percuma di Google.

Penggunaan platform aplikasi online meeting menjadi satu keperluan untuk masyarakat pada masa ini. Ini antara alternatif aplikasi online meeting yang boleh anda guna selepas ini.

1. Zoom

vocket-aplikasi-online-8
Sumber Gambar: Zoom

Aplikasi Zoom sememangnya sangat popular di kalangan pengguna kerana fungsi yang ditawarkan sangat berkualiti. Hal ini telah menarik pelbagai industri untuk manfaatkan fungsi yang tersedia pada aplikasi ini.

Tambahan pula, aplikasi Zoom mampu menampung sehingga 100 ahli peserta pada satu-satu masa. Malahan, anda turut boleh membuat perjumpaan tanpa sebarang had pada setiap hari. Fungsi perkongsian skrin memberikan proses tugasan lebih efisien kerana boleh berkomunikasi sambil berkongsi skrin antara pengguna.

Kemampuan aplikasi ini untuk merakam sesi perjumpaan virtual dengan kualiti tinggi serta dalam saiz yang kecil boleh memjimatkan ruang perisian peranti dan boleh dibuat rujukan pada masa akan datang.

Prestasi aplikasi ini juga dipuji kerana mampu beroperasi dengan baik sewaktu sesi perjumpaan virtual. Video dan audio yang dihasilkan sangat berkualiti dan senang bagi peserta untuk mengikuti agenda yang sedang berlangsung. Namun, aplikasi Zoom hanya memberikan tempoh yang singkat untuk sesi meeting versi yang percuma. Kini anda boleh dapatkan di laman web rasmi Zoom.

Pro

  • Mudah untuk digunakan oleh semua orang.
  • Prestasi aplikasi yang sangat bagus.
  • Audio dan imej yang berkualiti dihasilkan.
  • Boleh digunakan pada pelbagai platform.

Cons

  • Tempoh sesi perjumpaan yang singkat untuk versi percuma.
  • Sesi perjumpaan akan terhenti sekiranya ada peserta yang menghadapi masalah internet.
  • Terdapat isu sekuriti seperti orang yang tidak berkenaan boleh sertai dan menggangu sewaktu sesi perjumpaan.
  • Kadang-kadang video kualiti menjadi teruk.

Harga: Percuma

2. Webex

vocket-aplikasi-online-konten-1
Sumber Gambar: Webex blog

Webex merupakan aplikasi persidangan video yang telah dibina pada tahun 1990 dan telah dibeli oleh Cisco pada tahun 2007. Sehingga kini, Cisco Webex merupakan aplikasi yang sering digunakan pada peringkat global untuk persidangan video terutamanya di dalam business.

Pelbagai fungsi yang telah ditambah pada perisian untuk meningkat produktiviti pengguna. Anda bakal menyertai persidangan dengan fungsi kualiti video yang tinggi. Tambahan, anda boleh mengakses melalui pelbagai platform atau sistem operasi bagi memudahkan semua pengguna untuk menyertai persidangan tersebut.

Anda boleh membuat satu perjumpaan yang boleh dihadiri sehingga 100 ahli pada satu sesi. Terdapat fungsi penterjemahan bahasa secara langsung dengan pilihan lebih 100 bahasa asing bagi memudahkan peserta yang tidak fasih dengan bahasa tertentu untuk mengikuti persidangan tersebut.

Di samping itu, terdapat fungsi untuk berkongsi video semasa persidangan sedang berlangsung. Anda boleh menekan butang kamera, para peserta boleh melihat video yang ditayangkan melalui skrin. Kini, anda boleh dapatkan aplikasi online meeting ini di laman web rasmi Webex.

Pro

  • Tambah kualiti speaker audio dan buang bunyi latar belakang di sekeliling.
  • Boleh kongsi dokumen dan video.
  • Dapat rakam persidangan dan dimuat turun selepas itu.
  • Sekuriti yang terkini untuk keselamatan persidangan.

Cons

  • Rumit untuk digunakan.
  • Aplikasi mengambil masa lama untuk dilancarkan.
  • Persidangan video yang memerlukan data yang banyak.
  • Imej kualiti yang kurang memuaskan.

Harga: Percuma

3. Microsoft Teams

vocket-aplikasi-online-konten-2
Sumber Gambar: Microsoft

Aplikasi Microsoft Teams ialah sebuah platform pesanan kumpulan berasaskan cloud  khususnya untuk pengguna Office 365. Antara fungsi yang disediakan ialah termasuk menghantar pesanan, persidangan dan perkongsian fail.

Kemampuan aplikasi ini untuk menampung 250 peserta di dalam satu sesi sememangnya menjadi satu daya penarik kepada pengguna di luar sana. Tambahan, anda boleh berkongsi skrin dan pembentangan secara strim bagi memberikan penjelasan dengan lebih terperinci.

Tambahan pula, anda turut boleh membuat saluran perbualan khusus untuk kegunaan spesifik. Jadi, segala perbualan boleh disusun dengan senang dan mudah untuk membuat carian mengikut spesifik kumpulan. Platform ini sangat bermanfaat untuk mereka yang melakukan tugasan atau pekerjaan menggunakan sistem operasi Microsoft kerana semua boleh diakses secara terus.

Malahan, anda boleh menghantar satu emel ke saluran yang dibuat dan kandungan emel tersebut boleh dipaparkan pada perbualan tersebut oleh semua ahli yang berkenaan. Platform ini juga telah meningkatkan sistem sekuriti bagi melawan potensi serangan siber yang boleh berlaku. Kini, anda turut boleh mencuba aplikasi di laman web rasmi Microsoft Teams.

Pro
  • Pengguna boleh sertai persidangan tanpa sebarang muat turun aplikasi.
  • Disediakan untuk semua platform dan boleh guna di pelbagai browser.
  • Sokongan pelbagai fail format seperti CSV, XLS, DOCX dan lain-lain bagi memudahkan perkongsian fail.
  •  Pihak atasan boleh lihat kalendar pekerja dan pantau kehadiran mereka.
Cons
  • Akan hadapi isu bug seperti terkeluar dari persidangan secara tidak sengaja dan fail akses diubah.
  • Tiada pilihan menanda mesej penting untuk dibalas secara terus.
  • Tidak fleksible untuk buat kumpulan.
  • Carian struktur fail yang rumit.

Harga: Percuma

4. GoToMeeting

vocket-aplikasi-online-konten-3
Sumber Gambar: Youtube

Seterusnya, aplikasi GoToMeeting merupakan sebuah platform web hos persidangan video yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti persidangan talian, demonstrasi jualan dan sebagainya. Selain itu, ia boleh diakses melalui mana-mana laman browser dan peranti telefon pintar.

Terdapat fungsi membolehkan anda untuk beri kawalan tetikus dan papan kekunci kepada peserta lain sewaktu perjumpaan. Ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk membuat sebarang pembetulan atau demonstrasi secara terus. Di samping itu, anda turut boleh membuat penjadualan perjumpaan lebih awal.

Selain itu, anda perlu membeli pakej asas sebelum boleh mengakses platform ini. Pakej asas menawarkan sokongan untuk menampung sehingga 150 peserta di dalam persidangan. Sementara itu, terdapat  fungsi menarik untuk menukar pelbagai latar belakang webcam sewaktu persidangan.

Seterusnya, aplikasi ini turut menyediakan integrasi ke pelbagai platform untuk memudahkan pengguna seperti Google Calendar, Zapier dan sebagainya ke dalam perisian untuk memaksimumkan produktiviti. Kini, anda boleh mendapatkan aplikasi di laman rasmi GoToMeeting.

Pro

  • Boleh buat perjumpaan dengan satu klik.
  • Mampu lihat lebih dari 25 video peserta secara serentak.
  • Antara muka yang mesra pengguna.
  • Integrasi dengan aplikasi Office 365 seperti Calendar dan Outlook.

Cons

  • Proses untuk menyertai persidangan mengambil masa yang lama.
  • Guna kuota data yang tinggi.
  • Perlu bayar fungsi webinar.
  • Tidak mesra pengguna bagi pengguna telefon pintar.

Harga: RM57

5. Discord

vocket-aplikasi-online-konten-4
Sumber Gambar: The Verge

Platform Discord sangat terkenal di kalangan remaja terutamanya yang suka bermain permainan video. Namun, platform ini sudah mula digunakan oleh organisasi serta orang awam.

Anda boleh mengadakan persidangan video dengan kumpulan kecil melalui Discord. Tambahan, anda boleh mencipta server dan pelbagai saluran untuk spesifik topik bagi memudahkan pengguna untuk uruskan ahli komuniti.

Discord membolehkan anda buat panggilan video serentak sehingga 10 orang sekaligus. Anda juga boleh membuat panggilan terus dengan individu. Malah, platform ini mempunyai fungsi seperti berkongsi skrin, ruang untuk berbual, audio dan video.

Perkara yang menarik yang turut disertakan ialah fungsi perkongsian rakaman suara. Fungsi ini sangat membantu kepada pengguna jika ingin mendengar semula perbincangan dengan jelas . Anda boleh dapatkan aplikasi ini di komputer atau telefon pintar di laman rasmi Discord.

Pro

  • Senang menyediakan server untuk spesifik kumpulan.
  • Boleh hantar mesej ke kumpulan atau individu.
  • Mampu menstrim video secara lansung untuk kongsi konten.
  • Audio kualiti yang bagus.

Cons

  • Antara muka yang sukar untuk difahami.
  • Tanpa penyediaan notifikasi yang betul, mesej anda boleh hilang.
  • Pengesanan pertuturan yang lambat.
  • Fungsi carian yang susah digunakan.

Harga: Percuma

6. Skype

Sumber Gambar:Mpoweruser

Aplikasi Skype telah mendapat kemas kini fungsi baru iaitu Skype Meet Now. Fungsi terbaru ini datang secara percuma sebagai alat persidangan video yang boleh diakses tanpa sebarang pendaftaran atau muat turun perisian.  Aplikasi ini boleh digunakan untuk perkara asas kerana ia tidak didatangkan dengan fungsi yang teknikal seperti platform lain.

Anda boleh mencipta pautan persidangan pada bila masa-masa tanpa sebarang tarikh luput. Tambahan pula, anda turut boleh mengakses melalui komputer atau aplikasi telefon pintar. Namun, aplikasi ini mempunyai bilangan ahli peserta yang terhad di mana hanya 50 orang sahaja pada satu masa.

Terdapat fungsi rakaman panggilan berserta generator automatik sari kata secara langsung pada kemas kini yang terbaru. Jadi, peserta tidak perlu risau sekiranya mereka tidak dapat hadir pada perjumpaan kerana boleh mendapatkan rakaman tersebut untuk lihat pada waktu lain.

Malah, anda boleh berkongsi skrin untuk membuat pembentangan, gambar dan pelbagai media lain. Oleh hal yang demikian, aplikasi online meeting ini mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas oleh semua orang walaupun dengan fungsi yang terhad. Anda boleh mencuba aplikasi ini melalui laman rasmi Skype.

Pro

  • Rekaan antara muka yang mudah.
  • Sokong platform peranti Android dan iPhone.
  • Kualiti video dan bunyi yang tinggi dihasilkan.
  • Boleh buat panggilan ke luar negara menggunakan kredit Skype.

Cons

  • Sering berlaku gambar tersekat sewaktu panggilan.
  • Tidak boleh pilihan carian di bahagian mesej untuk mencari topik atau fail penting.
  • Jika terlalu ramai peserta di dalam satu sesi, boleh beri kesan kepada kelantangan bunyi setiap peserta.
  • Rekaan antara muka yang tidak menarik.

Harga: Percuma

Ini antara cadangan alternatif aplikasi online meeting yang anda boleh gunakan untuk berkomunikasi bersama orang lain. Walaupun ada aplikasi yang dikenakan bayaran, fungsi asas yang disediakan boleh digunakan sebaiknya jika anda rasa sudah mencukupi.

Selain itu, anda juga boleh membaca artikel mengenai aplikasi iPad untuk mencatat nota dengan mudah dan kemas. Malahan, anda turut boleh pelajari cara-cara edit green screen dengan guna aplikasi telefon pintar sahaja.

5 Aplikasi iPad Untuk Catat Nota Dengan Mudah Dan Kemas

Cara-Cara Edit Green Screen Guna Aplikasi Telefon Pintar