Seperti yang dinyatakan oleh pakar IT, maklumat pengguna adalah sangat berharga seperti sumber minyak. Dengan maklumat terkumpul, sejumlah syarikat boleh menggunakan info berkenaan untuk tujuan pengiklanan dan sebagainya.

Terkini, penyelidik sekuriti iaitu Felix Krause telah menemui skrip javascript yang disuntik untuk tujuan pemantauan secara senyap pada aplikasi TikTok. Menurut beliau, pelayar web terbina dalam aplikasi TikTok boleh menjejak apa jua input yang ditekan oleh pengguna pada papan kekunci seperti teks, nombor dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Google krausefx

Malah, TikTok telah pun menjelaskan kepada pihak Forbes bahawa mereka sememangnya telah menggunakan kod javascript tersebut. Tetapi hanya untuk pemantauan prestasi aplikasi, mengenal pasti masalah dan memastikan pengguna mempunyai pengalaman penggunaan yang lancar.

Mereka turut menyatakan kod Javascript berkenaan adalah sebahagian daripada kit pembangunan perisian pihak ketiga, atau SDK, iaitu alat yang digunakan untuk membangunkan atau menyelenggara aplikasi. Mereka menolak dakwaan tentang penggunaan untuk mengintip aktiviti pengguna di dalam seharian.

Sebagai langkah berhati-hati Krause menyarankan pengguna supaya menyemak jika sesuatu aplikasi membenarkan pautan dibuka melalui default browser. Anda juga boleh menggunakan alat khas yang dicipta oleh beliau untuk membuat semakan sesebuah pelayar web dengan memasukkan pautan ini.

Sementara itu, pihak penguasa Amerika Syarikat juga mahu Apple dan Google mengharamkan TikTok ekoran menceroboh data pengguna.

Didakwa Menceroboh Data Pengguna, Pihak Penguasa AS Mahu Apple Dan Google ‘Haramkan’ TikTok

Didakwa Ancam Keselamatan Negara, FCC Gesa TikTok Dibuang Daripada Google Dan Apple