Apple baru sahaja memperkenalkan kain lap skrin baharu atau dikenali sebagai Apple Polishing Cloth buat pengguna produk apple untuk membersihkan permukaan pelbagai peranti mereka dengan selamat. Kain lap skrin ini sedia ditawarkan kepada pengguna dengan harga RM99 sehelai.

Walaupun rata-rata netizen mempersoalkan berkenaan harga kain lap skrin yang ditawarkan sangat mahal berbanding kain yang terdapat di pasaran. Semakan terbaharu menunjukkan Apple hanya menerima tempahan pembelian baru untuk kain lap skrin tersebut pada bulan Januari 2022 kelak.

Sumber Gambar: Apple

Hal ini sekaligus telah membuktikan ramai pengguna di luar sana masih membelinya walaupun penawaran harga yang tinggi. Selain itu, pihak Apple turut menyenaraikan model yang digunakan untuk menggunakan kain berkenaan yang terdiri daripada Apple iPhone 6 dan ke atas sahaja.

Difahamkan kain lap Apple ini sememangnya telah direka khas daripada bahan yang lembut dan sekaligus tidak akan menyebabkan sebarang calar yang tidak diingini pada peranti berkenaan.

Sementara itu, Apple juga telah memperkenalkan dua pilihan cip Apple M1 baharu untuk MacBook Pro generasi pada kali ini.

Apple MacBook Pro Dilancarkan Dengan Dua Pilihan Cip Apple M1 Baharu Bermula Daripada RM8,799

Apple Lancarkan AirPods Generasi Ketiga Secara Rasmi Dengan Harga RM829

Sumber