Jika sebelum ini heboh mengenai isu melibatkan dua juta pengguna MySejahtera yang dilaporkan bakal kehilangan status vaksinasi lengkap berikutan kewajipan mendapatkan dos penggalak buat penerima vaksin Sinovac, kini timbul pula sebuah lagi isu terbaru.

Pihak MySejahtera baru-baru ini telah tampil dengan sebuah notis menerusi media sosial dengan memohon para pengguna untuk membuat kemas kini tarikh lahir pada aplikasi berkenaan.

Lebih serius, pihak MySejahtera memaklumkan kegagalan mengemas kini tarikh lahir pada aplikasi tersebut bakal menyebabkan pengguna kehilangan status vaksinasi lengkap yang seterusnya bakal dilabel sebagai tidak lengkap vaksinasi atau tidak vaksinasi.

Para pengguna berpeluang megemas kini dengan mudah menerusi tiga langkah ini sahaja:

1. Klik pada ‘Profile’.

2. Tekan pada icon tiga garis yang terletak pada penjuru atas skrin.

3. Seterusnya klik pada ‘My Personal Details’ untuk memasukkan tarikh lahir anda.

Pengumuman terbaru ini nyata mengejutkan pelbagai pihak selepas aplikasi ini sudah digunakan ramai dalam tempoh yang panjang. Tidak kurang yang menyoal tujuan penyertaan tarikh lahir memandangkan para pengguna sudah menyertakan nombor kad pengenalan sewaktu pendaftaran akaun MySejahtera.

Diharap orang ramai dapat mengikuti saranan terbaru ini dengan mengikuti tiga langkah ini dalam memastikan status vaksinasi lengkap pengguna tidak berubah status.

Selain itu, ketahui juga cara mengesahkan akaun MySejahtera dengan betul agar dapat menerima tanda ‘Verified’.

Mudah Dan Ringkas, Ini Caranya Mengesahkan Akaun MySejahtera Anda Dengan Betul

MySejahtera Kini Hadir Dengan Ciri ‘Verified’ Pada Akaun Untuk Sahkan Identiti Pada Aplikasi

 

Sumber