Sekitar tahun lalu, PayPal mengumumkan sedia menerima kriptowang sebagai medium pembayaran di Amerika Syarikat. Terbaharu, dalam usaha untuk meningkatkan lagi transaksi kriptowang, PayPal dilaporkan sedia melancarkan stablecoin mereka tersendiri.

Untuk pengetahuan, stablecoin merujuk kepada kriptowang yang mempunyai nilai yang sama seperti matawang USD. Penawaran stablecoin PayPal ini dilihat sebagai langkah PayPal dalam meningkatkan lagi pengguna yang sudah semakin selesa menggunakan kriptowang sebagai medium pembayaran untuk membuat transaksi melaluinya.

Langkah yang bakal dijalankan PayPal ini mulai diketahui oleh apabila dilaporkan terdapat kod melibatkan PayPal Coin yang tersedia pada aplikasi PayPal. Berita ini turut dikuatkan lagi dengan penyertaan logo melambangkan kriptowang.

Melihat kepada syarikat-syarikat besar mulai mengesahkan medium pembayaran menggunakan kriptowang, jelas menunjukkan kriptowang bakal memain peranan besar dalam industri pembayaran dunia.

Tular pada minggu ini apabila DragonForce tampil memberi ancaman godaman yang berkemungkinan tiriskan 40,000 maklumat imigresen Malaysia.

DragonForce Beri Amaran Ancaman Godaman, Berkemungkinan Tiriskan 40,000 Maklumat Imigresen Malaysia

YB Syed Saddiq Bakal Membuat Lelongan NFT Bagi Mengumpul Dana Buat Mangsa Banjir

Sumber