Rakyat Indonesia ketika ini berhadapan masalah akses kepada sejumlah platform dalam talian seperti Steam, Epic Games, Reddit dan banyak lagi. Syarikat-syarikat terbabit dikesan tidak mematuhi arahan kerajaan untuk mendaftar sebagai PSE dengan kementerian di sana.

Status Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE) mengiktiraf yang perkhidmatan atau syarikat tersebut beroperasi secara sah di negara itu. Arahan ini telah diwajibkan ke atas semua perkhidmatan yang beroperasi secara dalam talian termasuklah Facebook, Spotify, Zoom, WhatsApp, Twitter, Instagram, Netflix dan lain-lain lagi.

Sumber Gambar: Sportskeeda

Peraturan PSE ini membolehkan kerajaan mempunyai kawalan terhadap syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara dalam talian di negara berkenaan. Ini termasuklah platform perlu mengikut arahan kerajaan untuk menurunkan kiriman yang dirasakan berbahaya pada pengguna atau negara.

Bercakap mengenai Paypal, sebahagian pengguna di Indonesia mengutuk tindakan sekatan itu kerana mereka yang berkerja sebagai freelance sedia menerima bayaran menerusi platform Paypal. Oleh itu, pihak kerajaan sedang mencari solusi terbaik termasuklah pertimbangkan membuka akses untuk suatu tempoh bagi membolehkan transaksi berlaku.

Sebelum ini, kerajaan UK telah melakukan sekatan mengakses teknologi pengimbas penglihatan yang tercanggih keran khuatir akan disalah gunakan.

Kerajaan UK Sekat Firma China Daripada Mengakses Teknologi Pengimbas Penglihatan Yang Terlalu ‘Advance’

‘Huawei Dan Apple Akan Mendominasi Pasaran Jika Tiada Sekatan Perdagangan’ – Richard Yu