Sekiranya anda mengikuti perkembangan NFT Malaysia, kini ikon-ikon terkemuka tempatan juga sudah mulai menyertai arena NFT dengan menawarkan karya NFT tersendiri. Bahkan, kini NFT juga menjadi salah satu cara sumbangan yang boleh dibuat sementara pembeli boleh memiliki karya NFT unik tersebut.

Terbaharu, Syed Saddiq juga turut menyertai arena NFT dengan mengumumkan bakal melelong beberapa karya digital berasaskan NFT demi mengumpulkan dana untuk mangsa banjir. Kesemua koleksi NFT ini bakal ditawarkan menerusi platform khas iaitu NFT4HOPE.

Sumber Gambar: NFT4HOPE

Buat masa ini, beliau ingin mengumpulkan dana untuk mangsa mangsa banjir terlebih dahulu dengan menawarkan karya digitalnya melalui NFT4HOPE. Koleksi karya digital ini didatangkan dalam keluaran yang terhad di mana ia boleh dibeli, dijual dan didagangkan dan juga ditambah baik oleh pengeluar.

Menerusi laman NFT4HOPE, kini sudah diperlihatkan Syed Saddiq sedia menggunakan platform berkenaan untuk menawarkan koleksi Muar Sejiwa yang mana dana ini akan digunakan untuk perbelanjaan Parlimen Muar. Perkara ini termasuklah dari segi bantuan makanan, kemudahan pembelajaran dan sebagainya.

Sumber Gambar: NFT4HOPE

Aktiviti jual beli bagi NFT ini memerlukan penggunaan kriptowang berasaskan Ethereum. Karya-karya digital yang ditawarkan mempunyai tahap rarity di mana dari biasa sehinggalah paling jarang ditemui dalam jumlah yang terhad. Selain itu, ikon lain yang bakal menyertai platform ini pada masa kelak iaitu Datuk Seri Shafie Apdal dan Deborah Priya Henry.

Selain platform NFT4HOPE, anda juga turut boleh mendapatkan koleksi yang ditawarkan oleh Syed Saddiq menerusi OpenSea. Ini merupakan langkah yang baik dengan menggunakan teknologi semasa dalam memberikan impak positif kepada komuniti setempat.

Sebelum ini juga, komuniti Pentas telah memcipta kejayaan baharu selepas berjaya mengumpulkan lebih RM45,000 bagi membantu mangsa banjir.

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Mahu Bantu Ekonomi Golongan Petani Wanita, Komuniti Ini Berjaya Raih Sumbangan Menerusi NFT