McDonald’s merupakan sebuah rangkaian makanan segera yang sering membuat kejutan buat peminat mereka pada setiap kali ulang tahunnya. Pada kali ini, McDonald’s Australia bakal memberikan hadiah sebuah PS5 DualSense Controller yang bertemakan makanan segera tersebut sempena sambutan ulang tahun yang ke-50.

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Press Start Australia, McDonald’s telah mengesahkan minggu strim seperti yang dirancangkan pada 1 Ogos nanti akan ditunda ke tarikh yang lain pula manakala hadiah yang ditawarkan pada ulang tahun ini turut akan ditukar serta-merta kepada yang lain.

vocket-tech-news-mcd-header-1
Sumber: restaurantindia

Perkara ini berlaku setelah pihak Sony sendiri tidak membenarkan penggunaan controller mereka sebagai bahan promosi yang berkaitan pada sambutan ulang tahun ini. Pihak Sony sangat teliti dalam hal yang berkaitan ubah suai pada produk mereka sejak PS5 dikeluarkan pada bulan November 2020 yang lalu.

Hal ini sekaligus memberikan impak yang besar dalam penghasilan PS5 DualSense edisi berbeza kelak. Kemungkinan peminat tidak akan dapat melihat sebarang rekaan kreatif atau kustom buat DualSense dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Burger King Malaysia juga pernah menawarkan lima unit konsol PS5 kepada pelanggan yang bertuah pada bulan Januari yang lalu.

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Cemerlang Sepanjang 2020, Syarikat Ini Hargai Pekerja Dengan Hadiahkan PS5, iPhone Dan Kad Grafik

 

Sumber