Mulai diumumkan sejak hampir 11 bulan lalu bersama Sony Xperia II, Sony pada hari ini telah mulai menawarkan Sony Xperia II buat pasaran Amerika Syarikat dengan harga yang sangat premium.

Daripada harganya, pasti orang ramai ingin mengetahui apakah yang membuatkan model ini hadir dengan tanda harga yang tinggi seolah harga dua Apple iPhone 12 Pro.

gsmarena_001 (1)

Menurut Sony, model ini dihasilkan khas buat jurugambar profesional yang mahukan rakaman gambar terbaik menerusi lensa yang ditawarkan, processor yang cekap memproses gambar menerusi skrin yang jelas dan terang.

Mengulas dari segi spesifikasi, Sony Xperia Pro dilengkapi dengan skrin 6.5-inci OLED 4K HDR 21:9, processor Snapdragon 865, 12GB RAM, ruang storan 512GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Sony-Xperia-Pro-various-angles-1200×675

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia 1 II hadir dengan skrin 6.5 OLED 4K HDR sekaligus model ini sebagai penawar telefon pintar dengan skrin terbaik di pasaran. Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 865, RAM 8GB, ruang storan 256GB, bateri berkapasiti 4,000mAh serta sokongan rangkaian 5G.

Menerusi model ini, Xperia berkolaborasi dengan lensa Zeiss dalam menawarkan kualiti kamera dan video terbaik buat para pengguna. Kamera utama model ini hadir dengan tiga lensa 12-megapixel beserta 3D TOF. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan lensa 8-megapixel.

Kolaborasi Sony bersama lensa Zeiss nyata mengejutkan ramai mengetahui jenama Zeiss lebih kerap berkolaborasi bersama telefon pintar keluaran Nokia sejak lebih sedekad. Untuk pengetahuan, sebahagian besar sensor telefon pintar jenama lain turut menggunakan sensor daripada Sony.

Sony-Xperia-Pro-and-camera-1200×675

Apa yang membezakan Sony Xperia Pro berbanding Sony Xperia II yang dilancarkan pada tahun lalu adalah penawaran port mikro HDMI membolehkan model ini disambungkan pada kamera. Dalam erti kata lain, model ini mampu dijadikan monitor kepada kamera keluaran Sony.

Walau bagaimanapun, harga mencecah 5 angka yang ditawarkan nyata mengejutkan ramai meskipun ditawarkan dengan spesifikasi ‘hampir sempurna’. Setakat ini, Sony Xperia Pro masih belum ditawarkan buat pasaran Malaysia dan mulai dipasarkan buat pasaran Amerika Syarikat dengan harga $2,499 (RM10,107).

Model yang dilancarkan pada tahun lalu iaitu Sony Xperia 1 II sudah mulai ditawarkan buat pasaran Malaysia dengan harga sekitar RM4,999.

https://www.thevocket.com/sony-xperia-1-ii/

https://www.thevocket.com/baru-seminit-dibuka-pra-tempahan-playstation-5-sold-out-di-laman-sony-malaysia/