Permainan FIFA 23 bakal dilancarkan pada 27 September ini secara berperingkat di seluruh dunia. Sementara para peminat permainan popular ini perlu menunggu ia dilancarkan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kini sudah mendapatkan salinan permainan FIFA 23 ini terlebih dahulu.

Menerusi kemas kini terbarunya di media sosial, TMJ dilihat sedang menguji pelayan percubaan permainan itu dari pihak EA Sports dan Gamesbond. Beliau turut berterima kasih kepada pihak EA Sports kerana memberikan akses awal sekaligus muncul sebagai individu terawal yang bertuah untuk mencuba permainan itu sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan sangat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan lebih banyak bersama pihak EA Sports pada masa kelak. Antara kerjasama yang dijangka akan berlaku termasuklah kehadiran pasukan Johor Darul Ta’zim yang menjadi wakil dari Malaysia buat pertama kalinya di dalam permainan bola sepak itu .

Secara umumnya, permainan ini mempunyai jumlah pemain yang besar di seluruh dunia kerana penawaran grafik dan corak permainan yang menakjubkan. Kehadiran pasukan JDT dalam permainan ini sudah pasti akan menambah nilai komersial yang baik buat skuad Harimau Selatan.

Sumber