Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sehingga ke hari ini, konsol permainan PS5 masih menjadi rebutan ramai ekoran jumlah penawaran yang terhad di pasaran. Malah, ada sebahagian individu berduit sanggup membayar pada harga yang lebih mahal daripada penjual scalper demi untuk memiliki konsol permainan terbaharu itu.

Menerusi laporan Bloomberg, pihak Sony nampaknya sudah mengambil keputusan untuk menghasilkan semula konsol PS4 dalam skala besar dalam menangani kekurangan PlayStation 5 yang berlaku ketika ini. Mereka bakal meneruskan penghasilan konsol tersebut untuk setahun lagi yang mana sebanyak sejuta unit tersedia untuk dibeli menjelang akhir 2022.

Sumber Gambar: Vg247

Hal ini kerana penghasilan PS4 hanya memerlukan teknologi cip yang lebih rendah serta jauh lebih rendaj untuk dikeluarkan. Walaupun konsol permainan PS5 menawarkan pelbagai baharu dan pengalaman permainan yang lebih baik, pihak Sony mengatakan bahawa mereka masih menawarkan konten yang sama pada konsol permainan PS4.

Dalam erti kata lain, para pengguna masih berpeluang merasai pengalaman bermain seperti di PS5 menerusi konsol permainan generasi sebelumnya. Walaupun masih berlaku kemelut stok PS5, Sony mencapai kejayaan yang besar menerusi laporan pendapatan suku tahunan kedua yang mendedahkan bahawa penjualan konsol tersebut sudah mencecah 13.4 juta unit sejak diperkenalkan November 2020.

Dengan perkembangan terbaharu ini juga, kita boleh menjangkakan penawaran PS5 mungkin memerlukan lebih banyak masa dalam memenuhi keperluan stok dunia. Malah, pihak Sony juga sedang berusaha memastikan setiap konten tersedia bakal dikemas kini buat pengguna PS4.

Buat pengguna PS5 tempatan pula, anda sudah boleh dapatkan aksesori terbaharu yang boleh dipadankan pada konsol yang dimiliki untuk tampak menarik.

Sony Bakal Tawarkan 5 Pilihan Warna Baharu Untuk DualSense Dan Sarung PS5 Pada Tahun Hadapan

Bakal Ditawarkan Seawal 2023, PS5 Pro Dijangka Hadir Dengan Sokongan Resolusi Permainan Sehingga 8K

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group