Konsol permainan PlayStation 5 secara rasmi hanya dilancarkan dengan warna putih sahaja. Kini pihak Sony membuat kejutan dengan memperkenalkan sejumlah pilihan warna baharu yang bakal ditawarkan untuk konsol tersebut menerusi tawaran aksesori warna terbaharu.

Terdapat lima warna yang disertakan pada kali ini yang terinspirasi daripada warna galaksi iaitu Nova Pink, Starlight Blue, Midnight black, Cosmic Red dan Galatic Pink. Setiap warna ini ditawarkan untuk sarung PS5 dan pengawal DualSense Wireless dan bakal dilancarkan secara global mulai Januari 2022 kelak.

Sarung konsol PS5 ini tersedia untuk kedua-dua model PS5 Ultra HD Blu-ray dan PS5 Digital Edition. Selain itu, sarung ini bakal dijual secara berasingan daripada konsol PS5 dan pengawal DualSense.

Untuk pasaran Malaysia, sarung PS5 akan dijual dengan tanda harga RM259 dan akan dilancarkan pada 21 Januari 2022 untuk warna Midnight Black dan Cosmic Red terlebih dahulu. Manakala, warna lain pula bakal tiba sebelum pertengahan tahun depan.

Sumber Gambar: Playstation

DualSense pula sedia ditawarkan pada harga RM369 dengan pelancaran pada 14 Januari 2022. Sebelum ini pun sudah ditawarkan dengan warna Midnight Black dan Cosmic , jadi ia bakal ditambah dengan warna baharu lain iaitu Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple bagi melengkapi koleksi barisan aksesori warna PS5 kali ini.

Jika dilihat, kesemua warna yang ditawarkan sememangnya sangat cantik dan menarik. Pasti ramai pemilik mahupun peminat tegar PS5 menginginkan aksesori terbaharu oleh Sony ini.

Tahukah anda TMJ telah menjadi individu pertama di Malaysia memiliki PS5 dengan menerima tiga minggu lebih awal bagi pasaran tempatan?

Terima Tiga Minggu Lebih Awal, TMJ Muncul Individu Pertama Di Malaysia Memiliki PS5

https://www.thevocket.com/baru-seminit-dibuka-pra-tempahan-playstation-5-sold-out-di-laman-sony-malaysia/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20211214

Sumber