Pada hari ini, penggunaan servis perkhidmatan berasaskan awan atau cloud telah meluas di kalangan rakyat Malaysia. Dijangkakan kebergantungan perkhidmatan awan akan terus meningkat di dalam urusan harian lebih-lebih lagi apabila negara sedang menyasarkan ke arah ekonomi digital seperti negara-negara maju yang lain.

Maka, pihak SKMM telah mengumumkan untuk mula mengawal selia perkhidmatan awan yang ditawarkan oleh pihak penyedia perkhidmatan awan selepas ini. SKMM akan melakukan kawal selia ringan ke atas perkhidmatan awan di Malaysia bermula 1 Januari 2022 kelak yang mana memerlukan pelesenan perkhidmatan awan dengan yuran pendaftaran sebanyak RM2,500 setahun.

Setiap syarikat penyedia yang beroperasi di dalam pasaran tempatan wajib berdaftar secara sah di bawah lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP).  Kawal selia tersebut dilakukan bagi menjamin keselamatan setiap data pengguna yang berada di awan akan sentiasa di tahap yang tinggi dengan pengawasan pihak SKMM.

Menerusi kawal selia ringan ini, SKMM berpeluang untuk berkerjasama dengan penyedia perkhidmatan untuk menghasilkan kod teknikal dan SOP berkaitan keselamatan dan perlindungan data berteraskan tanda aras antarabangsa. Perintah kawal selia ini bakal dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2022 kelak dan anda juga boleh mendapati maklumat lanjut menerusi laman rasmi MCMC.

Sebelum ini juga, Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut menyasarkan Malaysia muncul tempat kedua di ASEAN untuk perlumbaan 5G di Asia Tenggara.

Annuar Musa Sasar Malaysia Muncul Tempat Kedua Di ASEAN Untuk Perlumbaan 5G

Anggap Sebagai Hak Asasi, Tan Sri Annuar Musa Sedia Beri Fokus Utama Kepada Internet

Sumber