Sejak cuaca menjadi tidak menentu, semakin banyak kawasan dilaporkan banjir tidak mengira di bandar mahu pun di kawasan terpencil. Antara negeri yang dilihat sangat terkesan dan sering berlakunya banjir adalah Selangor.

Sehubungan itu, negeri Selangor dijangka akan mengaktifkan sistem amaran awal banjir dengan notis seawal tujuh hari bermula penghujung Mac 2022 ini. Menerusi sistem amaran baharu ini, ia berupaya meramal kawasan yang berpotensi banjir seawal tujuh hari sebelumnya.

Hal ini sekaligus dapat memastikan pasukan penyelamat dalam keadaan lebih bersedia dalam menghadapi banjir serta boleh memaklumkan kepada rakyat di kawasan yang terkesan. Malah, kerajaan juga sedang meneliti kepada pelaksanaan sistem automatik untuk pagar laluan air supaya mereka tidak perlu menghantar orang untuk menguruskannya secara manual kelak.

Setakat penghujung 2021 lalu, Selangor merupakan antara negeri yang mengalami banjir sehingga mengakibatkan ramai pihak terjejas teruk. Bukan hanya menanggung kerugian wang ringgit sahaja, malah ada kes kematian yang direkodkan juga sewaktu berlakunya malapateka tersebut.

Selain di Selangor, kerajaan juga sedia perluaskan sistem amaran bencana ke seluruh negara untuk mengesan banjir lebih awal pada masa kelak.

Mampu Kesan Banjir Lebih Awal, Kerajaan Bakal Perluaskan Sistem Amaran Ke Seluruh Negara

Terowong SMART Catat Rekod Baharu Berjaya Lencongkan 5 Juta Meter Padu Air

Sumber