Bencana banjir yang menimpa beberapa lokasi di Malaysia baru-baru ini sememangnya menjadi satu tragedi yang menyedihkan buat semua orang. Bahkan, kebanyakkan mangsa mengalami sejumlah kerugian besar serta terpaksa berpindah ke ke kawasan yang lebih selamat untuk sementara waktu ini.

Dalam membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir dengan efektif, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) bakal memperkenalkan sistem amaran banjir yang mana sedia beroperasi pada tahun ini.

Sumber Gambar: Utusan

Jika terdapat ramalan bahawa banjir bakal berlaku, amaran ini juga bakal dibunyikan seawal tujuh hari sebelumnya lagi. Setakat ini, sistem amaran banjir hanya digunakan di lembangan sungai di Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Dalam masa yang sama, lembangan sungai di Sungai Klang dan Sungai Langat masih lagi dalam fasa ujian.

Difahamkan sistem ini mempunyai ketepatan sehingga 95% dalam mengesan banjir yang bakal berlaku di sesuatu kawasan. Selain sistem amaran, sebanyak 120 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negara akan mula beroperasi untuk memaparkan situasi masa sebenar banjir kepada umum bermula tahun ini.

Semoga dengan adanya sistem amaran banjir ini, rakyat Malaysia akan lebih peka dan boleh membuat persiapan secukupnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebelum ini juga, sudah tersedia sebuah portal khas JKR yang boleh memudahkan semakan secara langsung status terkini laluan jalan raya.

Portal Khas JKR Mudahkan Semakan Secara Langsung Status Terkini Laluan Jalan Raya

Ketahui Cara Menyumbang Buat Mangsa Banjir Semudah Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

 

Sumber