Pada Disember tahun lalu, kita telah diperlihatkan servis rangkaian 5G sudah pun boleh diakses di sekitar kawasan terpilih seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur. Perkembangan ini disambut oleh para pengguna selepas sekian lama menanti kebolehan akses internet berkelajuan tinggi seperti di negara-negara maju lain.

Terkini, liputan rangkaian 5G sudah pun diperluaskan lagi untuk meliputi sebahagian kawasan terpilih di Johor dan Selangor. Perkara ini telah didedahkan oleh pihak YES yang mana masih menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna.

Seperti yang dinyatakan menerusi siaran di halaman Facebooknya, berikut merupakan gambar senarai kawasan 5G baharu di kedua-dua negeri tersebut.

Sumber Gambar: Facebook YES
Sumber Gambar: Facebook YES
Sumber Gambar: Facecbook YES

Setakat ini, YES menawarkan servis 5G kepada pengguna menerusi dua pelan khas iaitu Pelan Prabayar FT5G yang berharga RM30 manakala pelan Pascabayar FT5G berharga RM49. Pengguna boleh menggunakan 5G menerusi pelan ini tanpa sebarang had data atau kelajuan sehingga diberitahu notis lanjutan mengenainya kelak.

Digital Nasional Berhad sebelum ini berkata mereka menyasarkan untuk memperluaskan lagi liputan 5G negara kepada sekitar 40% daripada kawasan berpenduduk di negara ini menjelang akhir 2022. Selepas itu, liputan akan diperluaskan lagi keapda 80% daripada kawasan berpenduduk menjelang 2024 kelak.

Sementera itu, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi pemasangan gentian optik di sekolah-sekolah.

K-KOMM Sedia Peruntukkan RM4 Bilion Bagi Pemasangan Gentian Optik Di Sekolah

First Ambulance Bersama YTL Comm Lancarkan Ambulans Pintar 5G Buat Kali Pertama Di Malaysia

 

 

Sumber