Perihal berkaitan siri iPhone 13 terbaru akan terus berlegar-legar di kalangan pengguna internet sehingga ke hari pelancarannya. Dan salah satu perkara yang sering dipersoalkan sudah semestinya tentang penawaran harga pada kali ini.

Terbaharu, laporan daripada DigiTimes memaklukan barisan siri iPhone 13 mungkin akan dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding sebelum ini. Ini adalah berpunca daripada pihak pembekal TSMC yang telah menaikkan harga kos pengeluaran cip pemprosesan ekoran permintaan yang tinggi.

vocket-tech-news-apple-harga-1
Sumber Gambar: MARCA

Apple merupakan salah satu syarikat yang terkesan dengan kekurangan cip pemprosesan bagi barisan telefon pintar terbaru mereka. Namun begitu, perkara ini masih belum dipastikan lagi dan sekiranya benar kita bakal melihat sedikit penambahan harga pada model keluaran terbaru ini.

Dikhabarkan Apple mungkin melancarkan model terbaru pada17 September ini. Adakah anda masih berminat untuk mendapatkannya walaupun anggaran harga lebih mahal daripada sebelum ini?

Terdapat ura-ura yang mengatakan Apple mungkin akan menawarkan siri iPhone 13 seawal ini 17 September ini.

Apple iPhone 13 Dijangka Bakal Ditawarkan Seawal 17 September

Foxconn Mengambil Sebanyak 200,000 Pekerja Lagi Untuk Kelancaran Pengeluaran iPhone 13

Sumber