Sebelum ini, sudahpun timbul isu pemalsuan sijil vaksin MySejahtera bak cendawan tumbuh selepas hujan yang sekaligus menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka yang bergejala. Perkara ini dipandang serius oleh kerajaan dalam menangani penularan wabak yang masih belum selesai lagi.

Terbaharu, Datuk Seri Dr.Adham Baba selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengatakan bahawa sijil vaksinasi yang disediakan dalam MySejahtera sudah tidak boleh dipalsukan lagi selepas ini kerana menggunakan teknologi blockchain. Penggunaan blockchain sekaligus boleh menggelakkan ia disalin atau dicetak pakai oleh pihak tertentu.

Sumber Gambar: Astro Awani

Dalam bahasa mudah, teknologi blockchain membolehkan sesuatu urusan dalam pengkalan data boleh dijejaki serta direkodkan secara automatik. Data-data yang disimpan boleh didapati dengan mudah pada bila-bila masa dan dijamin selamat.

Beliau menegaskan lagi isu pemalsuan yang timbul ini kerana disebabkan oleh isu integriti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah, mereka yang terlibat juga menyalah gunakan kuasa seperti mengemas kini MySejahtera tanpa sebarang suntikan dengan menawarkan pakej kepada mereka yang berminat.

Menteri MOSTI ini menyentuh perkara berkenaan disebabkan oleh berita baru-baru ini di mana melibatkan penahanan seorang doktor klinik swasta yang dipercayai menawarkan sijil suntikan vaksin COVID-19. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci mengenainya buat masa ini.

Pada tahun lalu, kerajaan juga telah melancarkan sebuah laman semakan kadar vaksinasi sekolah di Malaysia buat ibu bapa yang risaukan keselamatan anaknya.

Laman COVIDNOW Tawarkan Fungsi Semakan Kadar Vaksinasi Sekolah Di Malaysia

Tiada Lagi Butang ‘Check Out’, MySejahtera Perkenalkan Fungsi MySJ Trace Bermula Hari Ini

Sumber