Seperti yang ramai sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan kumpulan yang bakal hadir ke sekolah untuk meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka mengikut fasa PPN negeri masing-masing.

Keputusan yang dibuat pasti membuatkan para ibu bapa gusar dengan keselamatan anak-anak mereka di sekolah pula dan ingin mengetahui sejauh mana kadar vaksin yang telah diterima oleh setiap individu di sekolah setakat ini.

Merujuk kepada perkara tersebut, kerajaan sudah menyediakan ciri baharu pada laman COVIDNOW di mana para ibu bapa boleh membuat semakan kadar vaksinasi di sesebuah sekolah. Di samping itu, pihak KPM dan KKM telah berkerjasama untuk menerbitkan data vaksinasi di peringkat sekolah dengan lebih terperinci serta sumbernya terjamin dipercayai.

Sumber Gambar: COVIDNOW

Untuk membuat semakan kadar vaksinasi di sesebuah sekolah, anda bolehlah menuju ke halaman COVIDNOW School  dan pilih negeri yang berkaitan dan menaip nama sekolah berkenaan.

Menerusi ciri terbaharu ini, anda boleh melihat perincian kadar peratusan vaksinasi semasa yang meliputi data keseluruhan bagi sesebuah sekolah berkenaan termasuklah maklumat pelajar dan kakitangan  yang sudah mendapat dos lengkap atau yang baharu sahaja menerima dos pertama mereka.

Sumber Gambar: COVIDNOW

Kehadiran ciri terbaharu ini pasti memberikan keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah selepas ini. Malahan, ibu bapa turut boleh mengakses maklumat berkaitan kadar vaksinasi daripada semasa ke semasa dengan mudah menerusinya.

Sebelum ini juga, pihak kerajaan telah menambah baik paparan aplikasi MySejahtera untuk melihat informasi seseorang yang telah bergejala dengan mudah.

https://www.thevocket.com/selepas-tetapkan-harga-siling-rtk-kj-umum-permudahkan-lagi-paparan-mysejahtera/

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Memerlukan Pengguna ‘Check Out’ Selepas Keluar Dari Premis

Sumber