Dengan mengikuti peredaran semasa teknologi yang kini hangat dengan teknologi blockchain dan NFT, syarikat Alfa Romeo dilihat sedia menggunakan kedua-dua ciri tersebut pada kenderaan keluaran mereka kelak.

Alfa Romeo kini menjadi pengeluar kenderaan pertama yang mengintegrasikan teknologi NFT menerusi kereta terbaru mereka pada tahun 2023, Tonale.

Seperti yang diketahui ramai, NFT merupakan satu bentuk geran yang mengesahkan hak milik sesuatu objek dan Alfa Romeo juga mahu mengintegrasikan teknologi NFT ini untuk tujuan tersebut.

Sumber Gambar: Motor1

Malah, syarikat pengeluar kenderaan Itali ini juga bakal membolehkan pelbagai rekod berkaitan kitaran hidup kenderaan tersebut direkodkan pada server blockchain. Dengan tindakan ini, ia boleh memastikan sejumlah rekod diuruskan dengan baik serta memudahkan pemilik baharu sesebuah kenderaan menyemak status sebenar dengan mudah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dikesan menerusinya seperti perlu ke pusat khidmat terpilih Alfa Romeo untuk memastikan rekod penyelengaraan semasa dapat dikemas kini tetapi kedai penyelengaraan lain tidak dapat mengakses rekod NFT tersebut.

Sumber Gambar: Motor Authority

Difahamkan dengan pengintegrasian teknologi NFT pada kenderaan terbaru dijangka dapat memastikan nilai jualan semula yang baik. Malah, pihak Alfa Romeo juga menyatakan ciri ini sedia dipakai secara menyeluruh kepada kesemua kereta mereka pada masa kelak.

Di Malaysia pula, sebuah filem berjudul Rompak kini muncul sebagai filem pertama di Asia Tenggara yang menawarkan NFT bersamanya.

‘Rompak’ Bakal Muncul Sebagai Filem Pertama Asia Tenggara Yang Menawarkan NFT

Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023

Sumber