Shell merupakan salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan stesen minyak yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna. Terbaharu, Shell bakal mengadakan ujian pembayaran secara cashless melalui TNG RFID yang akan bermula pada 13 Julai 2021 ini.

Menerusi program terbaru yang ditawarkan, pengguna berpeluang menghubungkan aplikasi Touch n Go eWallet yang dihubungkan ke pelekat RFID pada kenderaan dalam membuat pambayaran dengan mudah. Anda juga bakal menerima cashback sejumlah RM 20 dengan membuat dua transaksi minimum yang berjumlah RM10 sewaktu proses ujian tersebut.

vocket-tech-news-rfid
Sumber: Shell

Para pengguna diingatkan untuk menyediakan jumlah baki yang secukupnya bagi melancarkan proses pengisian di platform ini. Peruntukan masa diberikan selama 80 saat untuk pegguna membuat pengesahan pembayaran melalui kaedah RFID dan sekiranya melebihi masa tersebut pengguna perlu membuat pembayaran secara tunai di kaunter.

vocket-tech-news-rfid-2
Sumber: Shell

Shell akan mengadakan ujian kaedah pembayaran TNG RFID di lima buah stesen minyak terpilih di sekitar Lembah Klang iaitu Shell NKVE Damansara, Shell Taman Connought, Shell Mint Hotel, Shell Taman Tun Dr Ismail dan Shell Bandar Sri Manjalara.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan kaedah pembayaran ini, anda dikehendaki untuk menyertai progam ini terlebih dahulu dengan menekan ikon Shell pada aplikasi Touch n Go e-Wallet yang akan bermula pada 13 Julai ini. Ujian ini akan berlangsung dari 13 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021 ini. Anda boleh mengetahui informasi lebih lanjut dengan lawati laman web rasmi Shell.

Terbaharu, syarikat platform penstriman Nurflix bakal melancarkan aplikasi Nurflix 2.0 pada 10 Ogos ini. Turut dikongsikan laman JENDELA yang memudahkan pengguna menyemak kekuatan liputan syarikat telekomunikasi.

Aplikasi Nurflix 2.0 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 10 Ogos Akan Datang

SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi

Sumber