Selaras dengan perkembangan metaverse, arena set kepala AR juga bakal menjadi perhatian utama oleh syarikat-syarikat teknologi gergasi di luar sana. Apple juga dilihat mahu turut serta dalam melengkapkan ekosistem peranti mereka.
Terbaharu, penganalisa popular berkaitan Apple iaitu Ming-Chi Kuo kini menjangkakan Apple mungkin memperkenalkan set kepala AR mereka seawal Januari 2023 kelak. Kehadiran set kepala ini adalah disebabkan oleh kesedaran di kalangan tinggi orang ramai terhadap teknologi AR.
Beliau menambah lagi terdapat kemungkinan Apple sedang membangunkan perkakasan realiti campuran seperti set kepala yang akan mengintegrasikan teknologi AR dan VR yang mana mampu bertukar dengan lancar untuk senario yang berbeza. Hal ini sekaligus menjadi salah satu keunikan yang mendorong kepada prestasi jualan set kepala Apple kelak.
Pengumuman set kepala Apple turut dijangka akan memainkan peranan penting dalam industri tersebut di mana sekaligus meningkat permintaan, pengeluaran dan penawaran set kepala AR di pasaran. Dengan pengenalan ini juga, mereka bakal menjadi pesaing sengit kepada syarikat Meta yang mendokong idea dunia realiti maya.
Tahukah anda bahawa Apple berkemungkinan tidak memperkenalkan set kepala AR lebih awal kerana tidak mahu ditiru oleh pesaing?
Mahu Elak Ditiru Pesaing, Apple Mungkin Tidak Perkenalkan Set Kepala AR Pada WWDC Kali Ini
Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C Untuk Pasaran Eropah