Untuk menghasilkan karya yang menarik dan kreatif sudah semestinya memerlukan inspirasi serta penggunaan aplikasi yang betul. Sebahagian daripada anda mungkin masih tercari-cari genre yang bersesuaian mahupun mentor yang boleh dijadikan inspirasi untuk membuat sesuatu karya.

Terbaharu, anda berpeluang meneroka ilmu baharu berserta mengenali lebih rapat dengan penghasil karya kreatif daripada serantau Asia menerusi siri Create It Your Way di App Store. Terdapat pelbagai cabang bidang kreatif yang dihimpunkan untuk mencetus kreativiti dan minat yang tersimpan di dalam diri anda selama ini.

Sumber Gambar: Ong Lyn-Hui
Sumber Gambar: Ong Lyn-Hui

Di sini anda boleh mengetahui lebih lanjut latar belakang seseorang artis yang sudah berkecimpung secara profesional dalam industri kreatif yang merangkumi fotografi, kaligrafi, videografi dan sebagainya.

Artis-artis berkenaan mencipta karya hanya menggunakan aplikasi yang tersedia di App Store seperti Adobe Lightroom, Procreate, Capcut dan lain-lain lagi. Bahkan, mereka juga sedia berkongsi tips serta aplikasi yang digunakan sepanjang penghasilan sesebuah karya dengan terperinci.

Sebuah perkara menarik mengenai Ong Lyn-Hui, beliau merupakan seorang pengkarya tempatan yang aktif menghasilkan karya melibatkan kanak-kanak dan anime. Difahamkan hampir kesemua karya beliau berjaya direalisasikan menerusi aplikasi ProCreate.

Sumber Gambar: Lee Yik Keat
Sumber Gambar: Lee Yik Keat

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari atau mencari inspirasi dalam bidang kreatif, inilah masa yang sesuai untuk menerokai siri Create It Your Way di laman App Store bermula hari ini sehingga 28 Oktober kelak.

Sementara itu, anda boleh melihat kisah hasil karya kreatif anak tempatan yang berjaya tersenarai dalam Instagram rasmi Apple.

Gambar Mata Lelaki Tempatan Ini Berjaya Tersenarai Dalam Instagram Apple

Unik Dan Kreatif, Gambar Lelaki Ini Di Pahang Berjaya Tersenarai Di Instagram Apple

Sumber