Baru-baru ini Shopee telah mengadakan jualan mega 3.15 bersempena Hari Pengguna yang mana terdapat pelbagai penawaran barangan dengan potongan harga yang berbaloi. Maka, ramai pengguna yang berbelanja besar pada hari jualan mega di platform e-dagang tersebut.

Menerusi data yang dikongsikan oleh pihak Shopee, ia telah memperlihatkan salah seorang pengguna sudah membelanjakan lebih daripada RM247,000 pada hari jualan berkenaan dalam membeli peralatan rumah seperti pembersih vakum dan TV pintar.

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, salah seorang penjual produk elektronik tempatan juga berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM3.6 juta dalam nilai barangan kasar pada 15 Mac yang lalu. Secara keseluruhannya, produk dibawah Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Kesihatan dan Kecantikan, serta Barangan Runcit dan Produk adalah kategori yang popular pada jualan 3.15 Shopee.

Shopee turut melaporkan barangan yang dibeli dalam tempoh dua jam pertama pada 15 Mac adalah sebanyak lima kali ganda berbanding hari biasa. Bahkan, sekitar 36 juta baucar Shopee juga telah dituntut pada hari tersebut. Dari sini kita sendiri melihat para pengguna tempatan lebih selesa membeli barangan dalam talian menerusi laman e-dagang seperti Shopee.

Tahukah anda bahawa pembelian barangan kesihatan di Shopee dilaporkan meningkat sebanyak 6 kali ganda sejak berlakunya pandemik?

Pembelian Barangan Kesihatan Di Shopee Dilaporkan Meningkat Sebanyak 6 Kali Ganda

Pengasas Shopee Berjaya Muncul Sebagai Individu Terkaya Di Singapura

Sumber