Jika sebelum ini aplikasi WhatsApp yang kerap mengalami masalah untuk diakses, nampaknya situasi yang sama turut terjadi pada Telegram sekitar jam 9 malam semalam.
Gangguan yang berlaku memperlihatkan aplikasi ini gagal untuk menerima dan menghantar mesej pengguna sekitar dua jam sebelum dapat diakses seperti biasa. Untuk pengetahuan, isu yang berlaku pada Telegram turut memberi halangan buat pengguan di beberapa negara untuk mengaksesnya.
Laman Down Detector turut memaparkan jam 9 malam semalam merupakan waktu di mana aplikasi ini menerima jumlah laporan tertinggi diikuti jam 9 pagi tadi.
Situasi yang berlaku sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya isu yang berlaku serta memilih untuk menyemaknya di platform media sosial lain untuk pengesahan. Berikut merupakan respon netizen mengenai masalah Telegram yang gagal diakses pada waktu berkenaan.
Telegram Showing "Updating"#Telegram#TelegramDown pic.twitter.com/FEhH4ZLr0d
— Patel Meet 𝕏 (@mn_google) January 17, 2022
Me running to Twitter to search if Telegram is down or if it's my wifi #telegramdown #Telegram pic.twitter.com/SavtayIiOU
— Shcx (@Quirky_Men) January 17, 2022
Everyone running to tweeter to check weather Telegram is down or not😂😂#TelegramDown #Telegram pic.twitter.com/mEu0xOZKeb
— PRAJJULL (@prajjull) January 17, 2022
Insiden yang berlaku meskipun singkat jelas membuatkan sesetengah pengguna panik memandangkan aplikasi berkenaan menyimpan pelbagai mesej dan dokumen berguna.
Diharap situasi ini tidak lagi berulang sekiranya Telegram mahu menandingi WhatsApp, WeChat atau LINE dalam usaha untuk menjadi aplikasi permesejan terbaik.
Tular pada minggu ini apabila Ghozali berjaya meraih hasil jualan mencecah RM4.3 juta hanya dengan menjual selfie beliau sahaja.
Hanya Dalam Tempoh Seminggu, Koleksi NFT Ghozali Berjaya Raih Hasil Jualan Mencecah RM4.3 Juta
Tony Fernandes Muncul Sebagai Usahawan Terbaru Terlibat Dalam Dunia NFT