Sebut mengenai kriptowang pasti ramai yang cukup mengenalinya sebagai instrumen pelaburan dalam meraih keuntungan yang tinggi. Malah, Bitcoin selaku kriptowang popular turut mencatat harga tertinggi dalam sejarah pada bulan ini.
Di sebalik keuntungan yang diraih para pelabur, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan atas nama kriptowang dengan mewujudkan skim pelaburan dalam memperdaya orang ramai.
Situasi ini nampaknya turut berlaku di sebuat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kelantan apabila 50 pelajar dilaporkan rugi lebih RM200,000 angkara terpdaya dengan skim pelaburan kriptowang yang tidak sah.
Difahamkan para pelajar ini masing-masing melabur sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000 dengan harapan untuk meraih pulangan berganda namun sebaliknya berlaku.
Lebih tragis, terdapat pelajar yang sanggup menggunakan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyertai skim pelaburan yang diketuai oleh seorang pensyarah merangkap ‘leader’ skim tersebut.
Mengetahui mereka terjerat dengan skim pelaburan yang tidak sah, para pelajar ini dilaporkan turut membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, setakat bulan ini sahaja beliau menerima sebanyak 21 laporan melibatkan skim pelaburan melibatkan kriptowang yang bernilai lebih RM900,000.
Dilaporkan mangsa mendakwa rugi antara RM140 sehingga RM200,000 seorang. Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan membuat siasatan sebelum melabur bagi mengelakkan kerugian.
Perpindahan Lionel Messi ke PSG turut menyaksikan beliau muncul sebagai antara pemain bola sepak terawal yang menerima kriptowang.
7,000 Bitcoin Bernilai RM166.26 Juta Hilang Selepas Platform Kriptowang Digodam