Sejak kebelakangan ini, dunia NFT telah menarik perhatian umum di seluruh dunia dan dianggap sebagai lubuk emas kepada mereka yang tahu selok-belok platform tersebut. Bukan hanya diceburi oleh golongan dewasa sahaja, kini kanak-kanak seawal 12 tahun sudah tahu menggunakannya.

Menerusi berita terkini, seorang kanak-kanak yang baru sahaja mencecah 12 tahun sudah mampu menjana keuntungan sekitar $400,000 (~RM1.6 Juta) di dalam Ethereum menerusi penjualan koleksi NFT. Koleksi NFT ini mengandungi lebih daripada 3,000 gambar piksel digelar sebagai ‘Weird Whales’ yang mempunyai keunikan tersendiri pada setiap karakter.

vocket-tech-news-nft-4
Sumber Gambar: NYPost

Menurut Benyamin, beliau sangat tertarik dengan konsep teknologi blockchain dan NFT dan terinspirasi daripada pencipta karya NFT lain selepas berhubung di antara satu sama lain. Projek pertama beliau yang bertemakan permainan Minecraft hanya dianggap sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran walaupun tidak dapat dijual serta-merta.

Pada Jun lalu, beliau mula menghasilkan karya ‘Weird Whales’ yang menampilkan sejumlah 3,350 imej piksel paus yang unik. Rekaannya yang lebih kemas menjadikan hasil karya ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna platform tersebut.

vocket-tech-news-nft-2
Sumber Gambar: Futurism

Ditambah pula dengan royalti yang diterima berjumlah 30 ETH (~RM400,000)  menerusi transaksi penjualan hasil karya kepada orang lain juga dapat menjana pendapatan pasif secara tidak langsung. Buat masa ini, beliau masih menyimpan hasil jualan di dalam blockchain terlebih dahulu kerana jangkaan ETH mungkin digunakan secara meluas kelak.

Bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan seperti artis NFT yang lain, kini platform Pentas telah dibangunkan buat pasaran tempatan pula.

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia

https://www.thevocket.com/elon-musk-pertimbang-tesla-tambah-kaedah-pembayaran-kriptowang-dogecoin/

Sumber