Kerjasama antara syarikat pengeluar telefon pintar dengan syarikat pengeluar kamera yang terkenal sudah menjadi trend pada masa ini. Setiap kali kolaborasi berlaku pasti menjadi bualan hangat di internet.
Menurut informasi daripada Pulsenews, Samsung akan memperkenalkan sebuah model flagship yang terbaru iaitu Galaxy S22 yang dilengkapi dengan kamera 200 megapixel daripada teknologi Olympus.
Desas-desus ini bukanlah suatu perkara yang baru lagi kerana ia sudah mula diperkatakan sejak dari April yang lalu. Daripada laporan yang sama juga, Samsung bakal memperkenalkan model Galaxy S22 pada Januari 2022. Tambahan pula, Galaxy S22 mungkin akan menjadi peranti pertama yang akan hadir dengan cip grafik AMD GPU.
Para pengguna pastinya tidak sabar untuk melihat kehadiran telefon pintar ini apabila sudah dilancarkan secara rasmi oleh pihak Samsung kelak.
Ketahui lebih lanjut mengapa jenama telefon pintar semakin aktif bekerjasama dengan syarikat lensa dalam menghasilkan telefon pintar terbaik mereka.
Mengapa Jenama Telefon Pintar Semakin ‘Ghairah’ Bekerjasama Dengan Syarikat Lensa
Samsung Dilaporkan Bakal Melabur RM732 Juta Untuk Tingkatkan Pengeluaran Bateri Di Seremban
Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini