Samsung telah menjadi sebuah jenama lifestyle dengan penawaran pelbagai produk untuk  memudahkan aktiviti seharian. Salah satu produk yang ditawarkan adalah bateri silinder yang boleh dicas semula untuk penggunaan pelbagai peranti.

Dikhabarkan Samsung SDI akan melabur sebanyak 2 bilion Won (~RM732 juta) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran bateri silinder di kilang yang terletak di Seremban sejak 2012 lagi. Buat masa ini, kilang ini hanya mampu menghasilkan sebanyak satu juta bateri sebulan dengan kapasiti 2GWH setahun.

vocket-tech-news-samsung-3
Sumber Gambar: WSJ

Fasiliti pembuatan bateri akan ditambah pada ruang kosong yang masih terdapat di kilang tersebut. Samsung SDI memandang serius mengenai ini kerana baru kali kedua membuat keputusan untuk meningkatkan pengeluaran bateri sejak 2019.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh TheElec, Samsung SDI mungkin mempertimbangkan peningkatan pengeluaran kapasiti bateri sehingga 4GWh setahun ekoran permintaan bateri di peringkat global yang semakin meningkat.

Pelaburan besar yang dibuat Samsung pastinya bakal memanfaatkan Malaysia daripada sektor ekonomi dan juga membuka peluang pekerjaan buat rakyat tempatan.

Sekitar bulan lalu, Samsung turut memperkenalkan Galaxy SmarTag+ yang boleh didapatkan dengan harga serendah RM109 sahaja. Turut hadir dengan Samsung Galaxy Buds Pro TWS yang premium.

Samsung Galaxy SmartTag+ Sedia Ditawarkan Di Malaysia Bermula Dengan Harga RM109

Samsung Galaxy Buds Pro, TWS Premium Dan Terbaik Di Pasaran Ketika Ini

 

Sumber