Syarikat Samsung sangat terkenal dengan penghasilan skrin panel telefon pintar yang mampu memaparkan visual yang sangat menarik dengan warna yang vibrant. Dengan pelbagai skrin dihasilkan untuk pelbagai peranti telah menarik minat syarikat di dalam industri untuk mendapatkannya.

Samsung dilaporkan telah mula menghasilkan skrin panel OLED  untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang akan datang berserta kapasiti mampu untuk menyokong high refresh rate 120Hz yang akan menjadikan ini siri pertama iPhone yang bakal mempunyai refresh rate yang tinggi. Turut dikhabarkan skrin panel OLED ini juga akan digunakan pada sesetengah model iPad pada tahun depan.

Memetik daripada laporan The Elec, Samsung Display akan menghasilkan lebih daripada 80 juta panel OLED untuk Apple di A3 Line di kilang Asan. Tambahan lagi, ia dikatakan penghasilan panel OLED ini hanya untuk model premium seperti dikhabarkan iaitu iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Syarikat Samsung juga akan terus menghasilkan skrin OLED untuk model iPhone 12 dan ke bawah walaupun selepas pelancaran siri model iPhone 13.

Peralihan Apple untuk menggunakan skrin panel OLED LTPO atau paparan polikristalin suhu rendah ini membolehkan siri model iPhone 13 mampu menawarkan refresh rate setinggi 120Hz tanpa memberi impak yang besar pada jangka hayat bateri. Model siri yang lalu tidak dapat jangka hayat bateri yang diharapkan kerana OLED teknologinya masih yang lama.

Vocket-Samsung-Skrin-OLED-konten-1

Dengan penggunaan skrin panel OLED LTPO dari Samsung pada siri iPhone 13 pasti dapat memberikan pengalaman baru dengan jangkaan jangka hayat bateri lebih lama dan high refresh rate 120Hz untuk kelancaran penggunaan harian anda. Ramai mesti tertunggu – tunggu untuk merasai fungsi yang hebat ini.

Anda juga boleh membaca lebih lanjut mengenai kemungkinan model iPhone yang bakal menerima kemas kini iOS 15 yang akan datang.

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Bakal Menerima Kemas Kini iOS 15

Apple iPhone 12 Dan 12 mini Sedia Ditawarkan Di Malaysia Bermula Hari Ini