ROG sangat terkenal dengan penawaran peranti yang berspesifikasi tinggi khusus buat pada peminat. Pada kali ini, ROG hadir dengan sebuah peranti paling berkuasa daripada siri mereka setakat ini yang dikenali sebagai ROG Phone 5 Ultimate.

Spesifikasi pada model ini dilihat berbeza daripada siri model ROG Phone 5 yang telah diperkenalkan pada sebelum ini. Model ini akan dilengkapi dengan memori 18GB RAM serta storan dalaman sebesar 512GB. Model ini turut dilengkapi dengan fungsi kawalan AirTrigger dan sistem audio bagi merasai pengalaman permainan yang lebih ekstrem.

vocket-tech-news-rog-1
Sumber Gambar: Shopee

Buat anda yang membuat tempahan awal telefon pintar terbaru ini bakal berpeluang mendapatkan aksesori eksklusif bernilai RM1,099. ROG Phone 5 Ultimate ini bakal bermula pada 8 Ogos hingga 21 Ogos ini secara ekslusif menerusi platform Shopee dan Lazada dengan harga RM4,999.

Sementara itu, Qualcomm juga bakal menawarkan sebuah telefon pintar jenama Snapdragon yang berkuasa tinggi hasil kerjasama dengan pihak Asus.

Qualcomm Umum Telefon Pintar Jenama Snapdragon Hasil Kerjasama Dengan ASUS

Mahu Tawarkan Lebih Kuasa, Qualcomm Sedia Perkenalkan Processor Snapdragon 898

Sumber