Bermula dengan tawarkan peranti pintar, jenama ROG nampaknya semakin mendapat di kalangan gamers di seluruh negara. Malah, jenama ini nampaknya semakin berevolusi dalam menawarkan seleksi barangan fesyen khusus buat peminatnya.

Terbaharu, pihak ROG malaysia pada bulan ini telah mengumumkan siri ROG gaming backpack terdiri daripada dua model iaitu ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack dan ROG Archer Backpack 15.6. Berikut merupakan keunikan yang ditawarkan pada dua model terbaru ini.

ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack

ROG Ranger BP2701 merupakan sebuah beg galas dengan saiz 22 liter yang mampu memuatkan komputer riba gaming 17-inci pengguna. Penggunaan bahan tidak serap air serta kalis calar antara yang membuatkan backpack ini unik.

Menariknya, model ini turut menggunakan material yang selesa untuk digalas beserta penyertaan ruangan yang pelbagai dalam memuatkan pelbagai barangan dengan mudah.

Hadir dengan berat serendah 0.93kg, model ini bukan sahaja membantu pengguna dalam menawarkan backpack yang ringan, malah mampu meningkatkan penggayaan menerusi penyertaan logo ROG.

ROG Archer Backpack 15.6 BP1505

ROG Archer Backpack pula hadir dengan saiz yang lebih kecil di mana ruang penyimpanan yang ditawarkan cuma 16-liter. Dalam pada itu, model ini masih mampu menyertakan komputer riba bersaiz 15.6-inci dan pelbagai barangan lagi menerusi ruang penyimpanan yang pelbagai.

Menariknya, model ini boleh digayakan sebagai backpack, briefcase mahupun sebagai shoulder bag. Penggunaan material Cordura 610D yang tahan lasak serta tidak menyerap air, zip YKK serta buckle Duraflex sangat membantu dalam penggunaan jangka masa panjang khususnya untuk kegunaan lasak.

Harga

Mengulas dari segi harga, ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack sedia ditawarkan pada harga RM469 manakala ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 pula hadir dengan harga RM399. Kedua-dua model ini sedia didapatkan secara rasmi menerusi laman rasmi ROG Malaysia atau pengedar rasmi ROG bermula 23 Mac ini.

Sekiranya anda seorang peminat ROG atau mahukan beg yang penuh dengan gaya serta tahan lasak, mungkin ini model yang perlu anda dapatkan daripada jenama penawar peranti gaming ini.

Sebelum ini, ROG pernah mencipta kejutan dengan berkolaborasi bersama IKEA dalam menawarkan pelbagai perabot dan aksesori dengan harga serendah RM30.

Serendah RM30, Koleksi IKEA Gaming x ROG Mula Dijual 11 November Ini

ASUS Lancarkan Komputer Riba ROG Zephyrus G14 Edisi Alan Walker Secara Rasmi