Syarikat Xiaomi secara rasmi telah mendedahkan angka jualan pada acara 618 sales di China sebanyak 500,000 unit kurang dari 1 jam dan menjadi syarikat teknologi yang paling aktif di dalam industri. Jumlah jualan yang telah dikutip pada acara 618 sales tersebut mencecah 1.5 billion yuan (~RM969 juta).
Ini menjadi kejayaan terbesar kepada Xiaomi pada tahun ini kerana melebihi 500,000 unit terjual dalam masa kurang 1 jam di ibu negara mereka sendiri dan terdapat 20 produk baru yang diberi diskaun semasa acara berlangsung.
Tidak pelik jika peranti telefon pintar siri Redmi Note 10 menjadi rebutan pengguna di sana dengan pelbagai fungsi dan teknologi terkini yang tersedia di dalam model kali ini.
Model yang terbaru ditawarkan iaitu Redmi Note 10 5G di mana antara ciri – ciri yang tersedia seperti skrin paparan 6.5-inch Full HD+ LCD dengan 90Hz refresh rate turut dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensiti 700 SoC dan sokongan jaringan 5G. Telefon pintar ini akan dijalankan dengan sistem operasi Android 11 dengan antara muka khusus MIUI 12.5 dan dibekalkan bateri sebesar 5,000 mAh serta sokongan pengecasan pantas.
Jualan 618 merujuk kepada tarikh 18 Jun di mana ia menandakan telah tiba festival membeli belah pertengahan tahun yang terbesar di China. Selalunya festival ini akan bermula pada akhir Mei dengan kempen presale dan promosi akan mula seawal bulan Jun sehingga akhir Jun. Pelbagai syarikat gergasi teknologi di sana akan merebut peluang ini bagi mendapatkan jualan sebanyak mungkin.
Untuk pengetahuan, model Redmi Note 10 sudah mulai ditawarkan di Malaysia di mana para pengguna boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM799 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkan Redmi Note 10.
Anda boleh membaca artikel mengenai produk Xiaomi yang ada di pasaran ketika ini.
Xiaomi Mi 10 Ultra Muncul Sebagai Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Menurut DxOMark
Xiaomi Mi Smart Band 5 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM169