realme pernah mengacah peminatnya berkaitan kehadiran model terbaru realme Band 2 pada bulan Julai lalu. Kini dilihat realme seperti sudah bersedia dengan membuat persiapan terakhirnya sebelum pelancaran realme Band 2 pada 15 September di Malaysia yang boleh ditonton secara langsung pada 12 P.M menerusi akaun rasmi Facebok realme.

Pada kali ini, realme telah menampilkan rekaan realme Band 2 yang berlainan berbanding dengan model yang dilancarkan pada tahun lalu. Akan tetapi, rekaan yang dibawakan sama seakan model Huawei Band 6 yang lengkap dengan skrin segi empat memanjang bersama kemasan sisi yang melengkung dan cuma ketiadaan butang fizikal di sisi.

Sumber Gambar: Facebook realme Malaysia

Di samping itu, model ini bakal didatangkan skrin yang lebih besar supaya boleh memaparkan informasi yang banyak serta dilihat dengan jelas oleh pengguna. Skrin berukuran 1.4 inci yang dilihat penambahan sebanyak 0.96 inci berbanding realme Band.

Dari segi spesifikasi pula, tiada sebarang informasi lanjut berkaitan realme Band 2 yang dikongsi lagi oleh pihak realme. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tentang penawaran bagi model realme Band 2 pada tarikh pelancaran tersebut.

Dijangka penawaran Apple Watch Series 7 hanya boleh didapati dalam kuantiti yang terhad oleh kerana pengenalan rekaan yang baharu.

Apple Watch Series 7 Dijangka Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Yang Terhad

Apple Watch Series 7 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Yang Berbeza

Sumber