Razer sudah menjadi syarikat teknologi gergasi pada hari ini dengan penawaran pelbagai barangan elektronik kepada pengguna di peringkat global. Jenama ini sudah berdiri kukuh sejak sekian lama sehingga menjadi kepercayaan orang ramai.

Terbaharu, Razer kini merancang untuk menjadi persendirian semula selepas mendapat kelulusan daripada majoriti pemegang sahamnya. Syarikat gergasi ini dilaporkan sedang mendapatkan kesemua saki baki saham untuk dibeli dan dijadikan sebagai persendirian di bawah kelolaan pengasas dan pengerusi, Min-Liang Tan dan Kaling Lim.

Sumber Gambar: Crowd Review

Perjanjian penswastaan itu dijangka selesai pada akhir Mei dan Razer akan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (HKSE) dengan penilaian $3.7 bilion (~RM13.8 bilion). Harga seunit saham dilaporkan meningkat dengan drastik sehingga 44% iaitu sekitar $0.36 (~RM1.57) untuk baki saham tersebut.

Razer mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 33.3% pada tahun 2021 lalu dan hasil tahunan mencecah $1.6 bilion (~RM6.9 bilion) yang memperlihatkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya sekitar $1.2 bilion (~RM5.2 bilion).

Namun begitu, syarikat gergasi ini telah memberi amaran bahawa terdapat cabaran dan ketidak tentuan yang timbul ekoran daripada ketegangan geopolitik dan pandemik COVID-19 yang berterusan boleh menjejaskan prestasinya dalam masa terdekat ini.

Tular bulan lalu apabila nyawa seorang remaja berjaya diselamatkan daripada peluru sesat dengan berbekalkan headphone Razer.

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’

Angkara AirPods Dicuri, Lelaki Ukraine Ini Secara ‘Tidak Sengaja’ Berjaya Jejak Pergerakan Tentera Rusia