Umum tahu, laman Instagram Apple sememangnya aktif dalam mengongsikan gambar yang diambil pengguna iPhone dalam memaparkan kualiti kamera iPhone melalui hashtag #ShotoniPhone.

Terbaharu, sebuah lagi perkongsian daripada anak muda tempatan berjaya tersenarai dalam Instagram Apple. Rakaman secara slow-mo di air terjun Lata Bunta, Pahang antara yang menjadi pilihan pada kli ini.

Berdasarkan perkongsian Sufian Ghafar atau lebih dikenali sebagai @iamod_ melalui laman Instagram, beliau memuat naik gambar slow-mo ini pada 10 November 2020 sebelum dikongsikan Apple pada 10 April 2021. Difahamkan beliau hanya menggunakan iPhone 11 Pro untuk mendapatkan gambar yang penuh dengan kreativiti ini.

Lebih menarik perhatian ramai, perkongsian yang dibuat nyata terselit dengan cerita yang unik. Difahamkan beliau ke Lata Bunta sewaktu Lembah Klang menghadapi masalah ketiadaan air. Perkongsian yang dibuat dengan cara ‘menadah’ air di pada air terjun untuk membuat kopi nyata menarik perhatian netizen dan juga Apple.

Para netizen juga nampaknya sangat berbangga dengan pencapaian lelaki ini yang berjaya termasuk dalam perkongsian gambar Instagram Apple. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai perkongsian tersebut.

Screen Shot 2021-04-12 at 10.26.59 AM
Sumber: Instagram Apple

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali lokasi di Malaysia menjadi pilihan Instagram Apple. Sebelum ini, lokasi di Perlis, Terengganu dan Sabak Bernam antara yang menjadi pilihan.

Sebuah syarikat dari Rusia nampaknya mengambil inspirasi dari Masjid Nabawi untuk menghasilkan sebuah iPhone 12 Pro Max dengan rekaan eksklusif bernilai RM32,377.

https://www.thevocket.com/ambil-inspirasi-dari-masjid-nabawi-iphone-12-pro-max-ini-dijual-pada-harga-rm323777/

https://www.thevocket.com/celcom-dan-digi-sah-bergabung-secara-rasmi-sebagai-celcom-digi-berhad/