Cip Apple M2 sudah dihebahkan sebagai cip yang lebih cemerlang dan berprestasi tinggi pada kali ini. Jadi, ramai yang menjangkakan sudah pasti MacBook Pro dengan cip M2 ini mampu menandingi cip sebelumnya.
Namun dalam ujian penanda aras yang dilakukan oleh saluran Max Tech ini membuktikan sebaliknya berkenaan prestasi storan MacBook Pro dengan janaan cip M2 yang baru dilancarkan ini. Hasil ujian mendapati MacBook Pro 13-inci dengan cip M2 yang mempunyai storan kecil tidak mampu menawarkan prestasi yang baik.
Dalam ujian menggunakan perisian Blackmagic Disk Speed Test yang telah dilakukan, kelajuan SSD 256GB pada versi M2 membaca data mencecah 1,446 MBps yang dilihat lebih rendah berbanding 2,900 MBps pada versi M1. Kelajuan menulis pula hanya mencapai 1,463 MBps sementara versi M1 mampu mencecah 2,215 MBps.
Hal ini sekaligus meletakkan prestasi storan dalam menulis dan membaca data pada model M2 mencecah 50% lebih rendah berbanding model M1. Difahamkan storan 256GB pada model M2 hanya menggunakan satu model NAND berbanding dua pada model sebelumnya. Lebih banyak modul akan memberikan SSD berfungsi dengan lebih pantas.
Ini juga sebab mengapa pada model yang mempunyai storan 512GB dan ke atas tidak akan mengalami isu perlahan lagi. Jadi, anda disarankan untuk mengambil pilihan storan SSD yang lebih besar jika mahu mendapatkan model MacBook Pro versi M2 nanti.
Selain itu, sudah tular berkenaan AirPods Pro 2 yang dijangka mampu mengesan nadi serta menggunakan port pengecasan USB-C.
AirPods Pro 2 Dijangka Mampu Mengesan Nadi Serta Hadir Dengan Port USB-C
Apple Dijangka Bakal Lancarkan Siri iPhone 14 Dan AirPods Pro 2 Pada 13 September Ini