Sindiket pelombongan kriptowang haram bukan suatu perkara baharu lagi di dalam Malaysia. Sudah sejumlah kes berkaitan kecurian elektrik untuk tujuan pelombongan kriptowang haram yang berjaya dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbaharu, News Straits Times telah melaporkan bahawa pihak polis telah menumpaskan sebuah lagi sindiket melombong kriptowang secara haram di Pasir Mas, Kelantan pada kali ini. Pihak polis telah melakukan sebuah serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan tersebut.

Sumber Gambar; News Straits Times

Didapati sejumlah sejumlah besar kelengkapan komputer yang digunakan untuk melombong kriptowang secara haram yang dianggarkan bernilai sekitar RM30,000 sehingga RM40,000. Dalang disebalik kegiatan pelombongan kriptowang itu juga berjaya ditahan.

Suspek merupakan seorang juruteknik komputer yang berusia 32 tahun dan juga dikatakan bahawa siasatan ke atas kegiatan ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Rampasan mesin perlombongan kriptowang ini adalah yang pertama kali dilakukan oleh polis daerah tersebut pada tahun ini.

Sebelum ini, PDRM pernah mendedahkan nilai kecurian elektrik untuk tujuan melombong kriptowang sudah meningkat 45 kali ganda sepanjang 2021 lalu.

PDRM Dedah Nilai Kecurian Elektrik Bagi Melombong Kripto Melonjak 45 Kali Ganda Sepanjang 2021

Kes Curi Elektrik Untuk Lombong Bitcoin Meningkat 400%, Akibatkan Kerugian RM2.4 Bilion