OpenSea merupakan laman dagangan NFT utama dan juga popular di kalangan peminatnya di seluruh dunia. Majoriti NFT terkemuka sedia dijual beli dengan mudah menerusi platform ini yang sekaligus mencatatkan rekod perdagangan tertinggi pada saban tahun.

Menerusi laporan terbaharu, OpenSea bakal menerima suntikan dana baharu yang mana mampu meningkatkan nilai syarikat sehingga $13 billion (~RM54.5 billion). Pada ketika ini, perkara ini masih dalam perbincangan awal lagi yang diketuai oleh Coatue dan Paradigm iaitu sebuah syarikat automasi dagangan kripto bakal melabur sebanyak RM1.27 billion pada pusingan pertama.

Sumber Gambar: OpenSea

Dalam masa yang sama, masih belum diketahui secara terperinci berapakah nilai pelaburan yang sedang disasarkan dan siapakah lagi yang akan menyertai dalam suntikan pada syarikat OpenSea ini. Pasti ramai melihat ini sebagai peluang keemasan ekoran perkembangan NFT yang semakin baik di seluruh dunia.

Boleh dikatakan pada setiap hari urus niaga NFT di platform OpenSea mampu mencecah jutaan ringgit dan boleh meningkat lebih tinggi sekiranya mempunyai penawaran koleksi istimewa yang ditawarkan oleh ikon terkemuka. Malah, sebahagian artis dan pereka kreatif Malaysia juga ada menawarkan karya NFTnya di platform tersebut.

Anda juga pasti berminat untuk mengetahui artis-artis Malaysia yang sudah menyertai dunia NFT dengan lebih dekat pada hari ini.

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT

4 Karya NFT Hasil Kerjasama Bersama Altimet Berjaya Terjual Dengan Harga RM23,186

Sumber