NFT telah mendapat tempat di kalangan peminatnya yang mahukan aset digital tertentu sebagai hak milik mereka dan dijadikan pelaburan. Para pencipta karya NFT pula boleh menjual hasil seni mereka menerusi marketplace untuk menjana pendapatan lumayan. Terdapat pelbagai pasaran NFT terbaik yang disediakan kepada umum untuk diakses.

Malah, karya seni NFT telah mendominasi rangkaian sosial dan seluruh ruang NFT kerana teknologinya bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat. NFT juga boleh memastikan aset digital milik anda akan terpelihara berbanding dengan hasil seni tradisional. Kini anda boleh mengetahui 6 pasaran NFT terbaik untuk anda cuba pada 2021.

1. Pentas

pasaran nft terbaik
Sumber Gambar: Pentas.io

Pentas sudah semakin dikenali oleh pengguna tempatan sebagai platform jual-beli aset digital yang dibangunkan oleh anak tempatan. Platform ini mengambil pendekatan yang berbeza di mana mahu memperkasakan budaya tempatan dan juga mengekalkan kandungan karya yang dihasilkan menerusi teknologi blockchain.

Difahamkan platform ini mempunyai perkembangan yang menggalakkan sehingga ke hari ini daripada pengguna tempatan dengan terjualnya hasil karya mencecah puluhan ribu ringgit serta sejumlah besar hasil karya telah diterbitkan oleh pencipta seni tempatan pada saban hari.

2. OpenSea

pasaran nft terbaik
Sumber Gambar: Opensea.io

OpenSea pula merupakan platform jual beli NFT yang terkenal dan terbesar di dunia setakat ini. Terdapat pelbagai jenis barang koleksi yang ditawarkan melaluinya termasuklah seni digital, koleksi sukan, barangan dalam permainan dan asel digital lain. Platform ini juga menyokong lebih daripada 150 jenis pembayaran token untuk urusan transaksi.

Pembelian NFT boleh dilakukan dengan menghubungkan wallet anda dengan MetaMask atau Ethereum dan Dapper untuk membeli NFT di platform OpenSea. Malah, para artis dan pencipta karya boleh menerbitkan NFT sendiri dengan proses yang sangat mudah melaluinya.

3. Axie Marketplace

Sumber Gambar: Axie Infinity

Axie Infinity merupakan permainan berasaskan NFT yang mempunyai jumlah pemain yang cukup besar pada hari ini. Hal ini sekaligus menjadikan platform ini sebagai pasaran NFT kedua terbesar di dunia dengan jumlah dagangan melebihi RM5 billion. Pemain Axies bakal mengambil bahagian dalam pembelian dan penjualan karakter yang dibiakkan.

Bukan itu sahaja, pihak pembangun juga memberikan ganjaran yang dikenali sebagai Smooth Love Potion(SLP) dan Axies Infinity Token(AXS) apabila menyelesaikan misi harian yang disediakan. Ditambah pula setiap Axies mempunyai karakteristik yang unik, menjadikan sesetengah Axies yang terhasil mempunyai nilai yang tinggi di pasaran semasa.

4. Cryptopunks/Larva Labs

pasaran nft terbaik
Sumber Gambar:: Larvalabs

Cryptopunks merupakan salah satu contoh NFT terawal yang menyertai rangkaian Ethereum dan dikenali sebagai projek NFT blockchain Ethereum dengan menghasilkan satu set karaketer 10,000 Cryptopunks dengan setiap padanya mempunyai ciri dan sifat yang tersendiri.

Pada mulanya, Cryptopunks ini dapat diperolehi secara percuma sahaja namun pada hari ini anda hanya boleh memiliknya dengan pembelian daripada pemilik-pemilik di luar sana. Karakter paling termurah yang anda boleh dapatkan berharga 95 ETH bersamaan RM167,230. Sehingga hari ini, platform ini telah mencatatkan penjualan lebih daripada RM5 billion.

5. NBA Top Shot

Sumber Gambar: NBA Top Shot

Sekiranya anda peminat bola keranjang, anda pasti berminat dengan NFT ini. Kini anda boleh mengumpulkan dan berdagang koleksi kad digtal yang menampilkan video sorotan permainan NBA. Sebaik sahaja anda membeli pek berkenaan, klip akan disimpan di dalam dompet kripto anda dengan selamat di mana hanya pemiliknya boleh melihat.

Kemudian pemiliknya turut boleh menjual semula kad-kad yang dibeli di pasaran NBA Top Shot. Setakat ini antara NFT termahal yang telah terjual adalah set highlights pemain Lebron James yang berjaya dijual pada tanda harga $208,000 (~RM867,000) dengan nombor siri 1/59 pada Februari lalu tahun ini.

6.Uniqly

Sumber Gambar: Uniqly

Berdasarkan nama sahaja anda sudah boleh menjangkakan ini merupakan sebuah platform yang tampil unik dengan memberi kelebihan kepada penggunanya. Anda bukan sahaja boleh menwujudkan ciptaan anda sebaga NFT dan disimpan secara digital sahaja bahkan ia sedia menawarkan secara fizikal.

Ini bermaksud pihak Uniqly akan menghantar sendiri ke rumah anda sekiranya anda mahukan NFT berkenaan dalam bentuk fizikal. Platform ini juga sering berkolaborasi bersama artis, influencer dan jenama terkemuka untuk menawarkan koleksi-koleksi NFT edisi terhad yang hanya terdapat melalui Uniqly.

Pasaran NFT kini sudah menjadi salah satu pilihan pemilikan dan pelaburan aset digital yang dilihat sangat relevan untuk dunia serba canggih hari ini. Tetapi perlu diingatkan anda perlu memilih wallet kripto mengikut keselesaan anda untuk sebarang transaksi atau penyimpanan aset dengan lancar pada masa kelak.

Minggu lalu telah menyaksikan platform Pentas telah berjaya merekodkan jualan tertinggi hasil karya NFT ‘Sang Saka’ dengan harga RM45,880 untuk pasaran tempatan.

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini

Sumber