Boleh dikatakan pada hari ini sebahagian pengguna sudah mulai menjadikan barangan atau fail digital yang jarang ditemui kepada aset digital yang dikenali sebagai NFT. Menerusi NFT, bukan hanya status sesuatu benda boleh disahkan ketulenannya tetapi rekod penukaran hak milik asal juga mudah untuk dikesan.

Terbaharu, sebuah pesanan mesej (SMS) yang pertama di dunia berjaya dijual pada harga €107,000 (~RM507,000) menerusi rumah lelong Aguttes. Pembeli merupakan warga Kanada yang tidak mahu identitinya didedahkan yang terlibat di dalam sektor teknologi kini merupakan pemilik replika digital unik bagi mesej SMS pertama berasaskan NFT.

Sumber Gambar: DW

SMS pertama ini mengandungi 15 aksara yang dihantar kepada pekerja Vodafone, Richard Jarvis yang mengucapkan Merry Christmas pada acara sambutan Krismas syarikat. Pengendali rangkaian mudah alih Vodafone sudah menyatakan untuk mendermakan hasil jualannya kepada agensi UN untuk membantu kelangsungan hidup mangsa pelarian dunia.

Sementara itu, salah sorang pembida yang berada di dalam acara lelongan iaitu merupakan seorang usahawan blockchain berpendapat ini merupakan sebahagian sejarah yang menarik untu peradaban manusia dalam menuju ke arah digitalisasi dan berbaloi untuk dimilik sebagai aset dan kemudiannya boleh dijual pada Hari Natal akan datang.

Ketahui kenapa sebahagian pembeli sanggup membelanjakan wang yang besar untuk karya NFT menerusi pautan di bawah.

Pembeli Ini Jelaskan Mengapa Beliau Sanggup Berbelanja Lebih RM50,000 Untuk Sebuah Karya NFT

Tidak Hanya Sekadar Gambar, Lelaki Ini Kongsikan Kelebihan NFT Yang Boleh Dimanfaatkan Pemilik