Terdapat beberapa e-Wallet yang digunakan oleh pengguna tempatan untuk melakukan pembayaran di dalam pelbagai urusan harian. Hal ini sekaligus dapat menggurangkan penularan wabak COVID-19 dan juga lebih menjimatkan masa.

Terbaharu, Kementerian Kewangan Malaysia menerusi pekeliling terkini menyatakan bahawa kesemua perkhidmatan badan kerajaan kini menyokong pembayaran menggunakan e-Wallet. Dengan pelaksanaan ini, ia boleh membolehkan orang ramai membuat pembayaran menggunakan e-Wallet dengan mudah selepas ini.

Sumber Gambar: The Malaysian Reserve

Lanjutan daripada itu, transaksi ini boleh dibuat melalui portal atau di kaunter Kementerian/Jabatan yang merangkumi pelbagai saluran pembayaran seperti dalam aplikasi (In-Apps), kod QR serta lain-lain teknologi terkini.

Sementara caj perkhidmatan bagi terimaan hasil sedia ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan kecuali Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Selain itu, caj perkhidmatan untuk terimaan bukan hasil seperti bayaran balik pinjaman masih perlu ditanggung oleh individu berkenaan.

Sementara di Thailand, kerajaan mereka sudah dalam perancangan untuk membenarkan penerimaan kriptowang sebagai medium pembayaran baharu.

Thailand Dalam Perancangan Untuk Membenarkan Penerimaan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Syarikat Tempatan Ini Tawarkan Kaedah Bayaran Berasaskan Kriptowang Untuk Pembelian Kereta