CHY Autoworld Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat menjual kereta import terkemuka di Malaysia kini sudah mula memperkenalkan kaedah baru pembelian kenderaannya dengan menggunakan kriptowang. Ini merupakan satu berita baik buat pemilik kriptowang tempatan untuk memanfaatkan kaedah pembayaran ini pada masa kelak.

Dato Calvin Yap Kim Hem selaku Presiden CHY Auto mengatakan bahawa kaedah pembayaran berasaskan kriptowang ini akan membolehkan pelabur kriptowang menggunakannya dalam pembelian barangan seperti kenderaan dan rumah. Perkara ini sekaligus memberikan peluang buat pelabur  untuk menukar kriptowang kepada barangan.

Sumber Gambar: Motorbiscuit

Pengenalan kaedah baru pembelian ini sudah mulai digunakan dengan kejayaan hasil jualan sebuah kereta mewah Maserati Ghibli berharga RM310,000 yang dibeli menggunakan kriptowang berasaskan Meta Nirvana Up(MNU) sebanyak 300,000 MNU oleh pelanggannya baru-baru ini.

Beliau juga mengatakan bahawa ini merupakan salah satu instrumen pembayaran baru di Malaysia yang seiring dengan langkah menuju negara tanpa tunai. Dalam masa yang sama, syarikat ini juga turut menjadi ejen kepada pembelian produk lain seperti hartanah dan insurans di Malaysia menggunakan kriptowang.

Bahkan, sebahagian pembelian hartanah pemaju utama di Malaysia seperti Farlim Holdings, Mah Sing Property Bhd dan Binastra Group sudah menerima pembayaran kriptowang menerusi syarikatnya. Mereka menerima kriptowang daripada pembeli sebagai ejen dan membayar dalam bentuk ringgit kepada pemaju. Ini dilihat sebagai satu kemudahan baru.

Sementara itu, Majlis Ulama Indonesia pada bulan lalu telah memaklumkan penggunaan kriptowang sebagai matawang adalah haram. Ketahui  lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Majlis Ulama Indonesia Fatwakan Penggunaan Kriptowang Sebagai Matawang Adalah Haram

Travala, Platform Tempahan Hotel Dengan Penerimaan Pembayaran Kriptowang

Baru Sahaja ‘Melabur’ RM6.09 Bilion, Tesla Dijangka Terima Bitcoin Sebagai Tukaran Pembelian Kereta